Situasi banjir di Johor bertambah baik

Uncategorized Yen Doran 16-Dis-2019

Maklumat terkini menunjukkan situasi banjir di Johor bertambah baik berdasarkan jumlah mangsa yang didaftarkan di pusat-pusat pemindahan sementara semakin berkurangan.

Jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 9,144 orang berbanding 9,435 orang.

Terdapat 10 pusat pemindahan sementara di daerah Mersing; Kota Tinggi (19); Segamat (25), Kluang (28), Batu Pahat (tiga); Pontian (tiga); Johor Bahru (dua) dan satu di Kulai.

Hujan lebat dijangka melanda daerah Segamat; Kluang; Mersing; Kulai; dan Kota Tinggi di Johor.