Skim Perlindungan Kesihatan Nasional tidak cukup untuk golongan pendapatan isi rumah 40% terendah (B40)

Uncategorized MAS 04-Dis-2019

Perunding penyelidikan, Henner Alms menyifatkan manfaat percuma daripada Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam, sebagai tidak mencukupi. Kekurangan ini dilihat ketara pada keperluan takaful golongan sasar (B40) dan dalam usaha menembusi segmen ini.

Meskipun mendapat permintaan tinggi, inisiatif insurans kerajaan ini adalah sangat terhad. Sebagai contoh, program ini memberi perlindungan kepada 36 penyakit kritikal kepada ahlinya tetapi segmen B40 menghadapi cabaran berbeza yang lebih meluas.

Kadar penembusan yang rendah dikalangan golongan berpendapatan rendah adalah cabaran hebat kepada masyarakat. Ini kerana segmen ini lebih terdedah kepada malapetaka dan paling kurang perlindungan. Seringkali penyelesaiannya menuntut penglibatan syarikat insurans dan juga komitmen kerajaan.