Skirt Bertingkat Cakenis Buat Wanita Melangkah Penuh Bergaya

Jenama lokal Cakenis milik selebriti terkenal tanah air iaitu Hanis Zalikha telah mengeluarkan koleksi skirt labuh bertingkat khusus untuk wanita yang moden dan sopan.

Skirt yang hadir dalam empat corak berbeza ini menggunakan material polyester yang direka dengan dua lapis memberikan ilusi penuh dramatik kepada si pemakai.

 

Si pemakai juga pasti akan kelihatan lebih tinggi dan langsing kerana rekaannya yang bertingkat dan bahagian pinggang yang elastik boleh dipakai secara ‘ high wasted’.

 

Padankan sahaja skirt ini bersama top ‘turtle neck’ atau kemeja polos juga boleh digayakan berjaya baju panas dan juga sut. Anda pasti kelihatan sungguh bergaya!

 

Bagi yang ingin mendapatkan skirt ini, anda boleh membeli secara atas talian di laman sesawang www.shopcakenis.com dengan harga RM249 setiap satu.