SKM peruntuk dana RM30,000 kepada koperasi terlibat bencana

Uncategorized Ahmad Mahmud 07-Dis-2019

TUMPAT, 7 Dis — Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh mengumumkan peruntukan RM30,000 akan disalurkan kepada koperasi seluruh negara yang mengalami musibah dan bencana.

Beliau berkata selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Bunohan di sini, bahawa peruntukan khas kecemasan merupakan sebahagian dasar SKM bagi membantu koperasi yang terlibat dalam musibah.

Koperasi terbabit boleh memohon dana daripada SKM bagi tujuan membaik pulih projek dan infrastruktur koperasi yang terjejas akibat bencana seperti banjir serta kebakaran.

SKM turut menyalurkan bantuan barangan mentah bernilai RM20,000 kepada mangsa banjir di Kelantan.