#SoalHaji @ SalamToday- Wanita dan Haji

Sahsiah Ili Farhana 29-Jul-2019

Soalan hari ini ditanya oleh Hisham Hamid:

Bolehkah seorang wanita yang mampu pergi menunaikan haji seorang diri tanpa mahram? 

Tontonlah video hari ini untuk mendapat jawapan kepada persoalan yang sering ditanya ini.

***

Assalammualaikum semua, Syawal telah meninggalkan kita dan sekarang tibalah kita di musim umat Islam terpilih dari seluruh dunia mengerjakan Haji. Perlaksanaan rukun Islam kelima ini juga datang bersama perayaan Aidiladha, ataupun Hari Raya Haji.

Siapa saja yang tidak mengimpikan untuk mengerjakan haji? Tetapi pasti ada antara kita yang masih berasa ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri dan mempunyai 1001 soalan tentang ibadah itu. Sempena Aidiladha dan bulan Zulhijjah yang mendatang, SalamToday bersama beberapa selebriti tempatan telah bertanyakan 15 soalan yang berkaitan ibadah haji kepada Ustaz Muhammad Hasnil Abu Bakar. Semoga ia dapat membantu mengurangkan ragu-ragu dan kekeliruan anda tentangnya.

Untuk mereka yang beruntung dapat menunaikan ibadah haji tahun ini, kami doakan anda selamat pulang pergi dan mendapat haji yang mabrur. Untuk penonton dan pembaca lain, sama-samalah kita berdoa agar mendapat ‘jemputan’ untuk menunaikan ibadah ini dalam masa terdekat.