Sonny Bill Williams bintang sukan terkini bersuara tentang nasib Uighur

Uncategorized Hafiz Firdaus 24-Dis-2019

WELLINGTON: Sonny Bill Williams, pemain bintang ragbi All Blacks New Zealand, melalui akaun Twitternya mengecam tindakan kerajaan China yang menindas minoriti Muslim Uighur dengan mengumumkan bahawa amat menyedihkan kini apabila kepentingan ekonomi mengatasi sifat kemanusiaan.

Kenyataan akaun Twitter Sonny itu juga menunjukkan imej lakaran bertitisan darah berupa tangan berbendera China yang mencengkam tangan berbendera ‘Turkestan Timur’, iaitu pemisah Uighur untuk Xinjiang.

Sonny adalah personaliti sukan terbaru yang bersuara menerusi platform media sosial, selepas Mesut Ozil, pemain tengah Arsenal yang mengutuk China atas sebab yang sama. Akibatnya, kerajaan China tidak menyiarkan perlawanan Arsenal menentang Manchester City menerusi siaran rasmi China, CCTV.