Sorotan Stail: Mamonde & G-Dragon x Nike

Kolaborasi G-Dragon dan Nike

Tidak sampai seminggu tamat perkhidmatan negara, ikon k-pop G-DRAGON (GD) mengumumkan kolaborasi beliau dengan jenama gergasi Nike. Kata GD, sebagai seorang peminat muzik hip hop, beliau memahami kepentingan sepatu Nike Air Force 1 dalam identiti fesyen hip hop dan turut menjadikan sepatu itu sebahagian daripada ‘uniform’nya.

 

View this post on Instagram

#παράνοιse

A post shared by 권지용 (@xxxibgdrgn) on

Daripada gambar-gambar yang dikongsi di laman Instagramnya, sepatu Nike Air Force 1 Para-noise ini menampilkan sulaman bunga yang sinonim dengan jenama peaceminusone milik G-DRAGON dan pin-pin kecil warna-warni. Warna hitam sepatu ini akan perlahan-lahan luntur dan memperlihatkan karya hasil seni oleh G-Dragon sendiri. Menurut GD, karya seni itu melambangkan sisi optimis beliau di mana belia seluruh dunia boleh disatukan dengan kebebasan kreativiti dan idea. Nike Air Force 1 Para-noise akan dilancarkan secara global pada 23 November.

 

View this post on Instagram

COMING SOON

A post shared by PEACEMINUSONE®️ (@peaceminusonedotcom) on

 

Produk Mamonde Kini Halal!

Beberapa produk daripada jenama Mamonde kini telah diiktiraf halal oleh JAKIM. Antara produk jenama produk kecantikan asal Korea Selatan yang telah diakui halal oleh JAKIM adalah— Ceramide Skin Softener 200ml (RM70), Ceramide Emulsion 150ml (RM80), Ceramide Light  Cream 50ml (RM131), Ceramide Intense Cream 50ml (RM131), Floral Hydro Ampoule Toner 150ml (RM99), Floral Hydro Emulsion 150ml (RM99), Floral Hydro Cream 50ml (RM120), Rose Water Toner 250ml (RM85), Rose Water Gel Cream 80ml (RM99), Rose Water Soothing Gel 500ml (RM55), dan  Pore Clean Stick 18g (RM49).

Produk-produk halal Mamonde boleh didapati di Watsons seluruh negara, cawangan Sephora terpilih dan platform-platform membeli-belah ‘online’ seperti Lazada, Hermo dan Shopee Mall.   Bolehlah para pengguna menggunakan tanpa was-was.

 

Gambar: Instagram G-Dragron, & Ihsan Mamonde Malaysia

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!