Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

‘Spot’ Menarik Untuk Tinggal Di Phuket

Singgah Helmi Anuar 18-Okt-2019

Phuket sememangnya destinasi pelancongan yang sangat popular di seluruh dunia. Setiap tahun tidak kira waktu, Phuket mejadi pilihan para pelancong untuk bercuti di sini.

Selain terkenal dengan pantai serta pulai yang cantik, Phuket juga terkenal dengan pusat hiburannya dan lokasi yang paling popular di Phuket sudah tentunya di Patong.

Namun bagi anda yang ingin lari dari kemeriahan Patong yang sememangnya sibuk dan sering menjadi tumpuan pelancong, anda boleh pilih untuk tinggal di Ozo Hotel & Resort yang terletak di  ‘Kata Beach’.

Kata Beach adalah kawasan yang terkenal buat mereka yang gemarkan sukan luncur air. Kawasan pantainya yang cantik pasti membuatkan anda terpesona dan tenang sepanjang bercuti di sini.

Ozo Hotel & Resort di kawasan ini baru sahaja dibuka pada tahun ini. Jadi pastinya segala kemudahan yang ada disini serba baru dan bersih. Bilik tidurnya direka untuk memberikan anda tidur yang nyenyak dan berkualiti. Berbekalkan tilam yang empuk, langsir yang kalis cahaya serta suhu bilik yang tepat, pastinya tidur anda akan lena diulit mimpi indah.

Apa yang menarik di hotel ini adalah landskapnya yang begitu menenangkan mata yang memandang. Malah hotel ini sesuai untuk percutian bersama keluarga kerana ada menyediakan taman tema air untuk kanak-kanak. Kolam renang yang disediakan di sini juga sangat luas dan cantik.

Terletak berdekatan dengan ‘Kata Night Market’, aktiviti malam anda pasti meriah dengan aktiviti beli-belah. Hanya tiga minit sahaja perjalanan ke pasar malam ini.

Buat anda yang meminati sukan air, disini adalah tempat terbaik untuk anda mencuba sukan luncur air yang sangat terkenal di kalangan pencinta sukan ini. Jika tidak mahir usah khuatir, kerana di sini turut disediakan kelas untuk para peluncur amatur.

 

Kesimpulannya tidak rugi jika anda datang menginap di sini. Jangan risau, jika ingin ke pusat bandar Patong kerana jarak perjalanan dari hotel ini ke sana hanya mengabil masa dalam 20 minit sahaja menaiki tuk-tuk atau anda boleh memesan Grab.

Untuk info lebih lanjut mengenai Ozo Hotel & Resort Phuket ini anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka di www.ozohotels.com/phuket

 

Foto : Ozo Phuket, Hotels.com & nodff/shutterstock