SPRM sedia tempatkan pegawai di pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri

Uncategorized Syed Safri 07-Dis-2019

PUTRAJAYA, 7 Dis — Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil mengulas tentang rancangan  SPRM untuk menempatkan pegawai SPRM di semua pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Inisiatif yang diusahakan oleh Ketua Pesuruhjaya, Latheefa Koya ini adalah bersesuaian dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 untuk memperkasakan integriti di kalangan para penjawat awam yang merupakan majoriti pesalahlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Shamsun, secara realistiknya ini akan dapat diuruskan dengan tambahan 100 orang pegawai SPRM setahun yang telah dipersetujui kerajaan. Namun, pengizinan akan bergantung kepada keputusan dari pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri.