Standard Chartered Saadiq meterai perjanjian pendanaan berstruktur Islamik bersama Lembaga Tabung Haji (TH)

Hajj MAS 18-Dis-2019

Anak syarikat Standard Chartered Bank Malaysia berkenaan menandatangani perjanjian bersama TH melibatkan hartanah di luar negara dan perniagaan pelancongan. Kemudahan pembiayaan patuh syariah berjumlah £65 juta telah dianugerahkan untuk tempoh dua tahun.

Sebahagian dana berkenaan akan digunakan untuk membiayai pengubahsuaian hartanah pejabat LTH Property Holdings di London. Sebahagian yang lain pula untuk pembiayaan semula pembiayaan hartanah pejabat kedua milik LTH Property Holdings 2 di Surrey.

Terma perjanjian membolehkan TH menukar cagaran pembiayaannya daripada tunai kepada sukuk dan kebenaran untuk mengoptimumkan sepenuhnya pelaburan sukuk sedia ada. Standard Chartered Saadiq pula memiliki pilihan untuk melanjutkan kemudahan itu untuk tempoh setahun lagi.

Artikel berkaitan
Agama Hanita Hassan 31-Jul-2020 Apakah maksud Badal Haji?
Pendapat
Pendapat 30-Jul-2020
Abi Aasim
Kolumnis

Usahlah disia-siakan usaha dan kerja keras barisan petugas hadapan negara dan rakyat Malaysia yang patuh sebelum ini. Jika terlupa atau kurang pasti, di sini saya ingatkan semula tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika meraikan Hari Raya Korban ini.

Teruskan Teruskan
Dunia Zalika Adam 06-Jul-2020 Haji tahun ini – 70% orang yang bermukim di Arab Saudi
Pendapat
Pendapat 29-Apr-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Sebenarnya, memang antara niat dan impian saya untuk menunaikan ibadah haji pada usia muda. Ini supaya dapat menunaikan haji dengan lancar sewaktu keadaan fizikal berada pada tahap terbaik.

Teruskan Teruskan