Starbucks Malaysia Perkenal Menu Ramadan Raya

Starbucks Malaysia meraikan kehadiran Ramadan dan Aidilfitri tahun ini  dengan memperkenalkan tiga menu baru, Bandung Éclair, Gula Melaka Donut dan Green Velvet Nangka Cake.

Selain itu, jenama kegemaran ramai ini juga  ‘membawa pulang’ hidangan kegemaran ramai Mufin Ondeh-Ondeh.

Kesemua hidangan yang diilhamkan daripada kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia ini sangat sesuai untuk dinikmati bersama secawan kopi atau minuman kegemaran. Sama ada untuk berbuka puasa, mahupun untuk hidangan lewat malam.

Green Velvet Nangka Cake merupakan salah satu hidangan yang tidak boleh dilepaskan. Kombinasi rasa pandan dan buah Nangka memberi sensasi rasa yang luar biasa. Starbucks Malaysia mencadangkan kek istimewa ini dinikmati bersama minuman signature yang menggunakan Pike Place Roast atau bijian kopi Kenya.

Bagi penggemar donut, Gula Melaka Donut mungkin menarik perhatian untuk dicuba. Jangan risau tentang kemanisannya kerana Gula Melaka yang digunakan bukan disumbat ke dalam donut, tetapi ia disapu di permukaan donut bersama taburan kelapa. Untuk melengkapkan hidangan, boleh nikmati donut ini bersama Starbucks Ice Shaken Passion Tea.

Bagaimana pula dengan Bandung Éclair? Berani untuk mencuba? Mungkin ada yang berpendapat perisa ini tidak serasi, tetapi percayalah ia tidak menghampakan. Éclair berinti kastad lembut ini dilapisi dengan coklat merah jambu berperisa Bandung.

 

Jika rindukan Mufin Ondeh-Ondeh, jom cepat-cepat ke cawangan Starbucks Malaysia berdekatan. Mufin dambaan ramai ini diinpirasikan oleh kuih-muih Melayu. Mewah dengan rasa kombinasi pandan, kelapa dan gula melaka memberikan letusan rasa yang luar biasa.

Bagi menghangatkan suasana perayaan kali ini, Starbucks Malaysia juga tidak ketinggalan menawarkan Kad Starbucks Edisi Aidilfitri yang menampilkan rekaan unik. Kad ini boleh didapatkan dengan membuat isian semula kad dengan jumlah minimum RM50.

Satu lagi promosi menarik ialah, sehingga 3 Jun hadapan, anda boleh menikmati promosi Buka Puasa yang berharga RM29.90 . Promosi yang sah dari jam 6 petang ke 10 malam ini membolehkan anda mendapat dua minuman bersaiz grande dan sepotong kek pilihan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my

Kredit foto : Starbucks Malaysia