Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Status Hukum Daging Korban

Sahsiah Helmi Anuar 07-Ogo-2019

Persoalan tentang hukum serta status daging korban sering kali timbul setiap kali ibadah korban dijalankan setiap tahun. Masih ramai yang tidak tahu apakah halal atau haram memakan daging korban atau menjual bahagian binatang korban yang dilakukan bagi golongan tertentu.

SalamToday senaraikan status hukum daging korban yang telah telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam garis panduan pelaksaan ibadah korban.

Hukum berkaitan daging qurban terbahagi kepada beberapa status seperti yang berikut:

(a) Haram memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagaimana juga haram memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam.

(b) Hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam adalah haram menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i.

(c) Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah qurban sama ada qurban wajib atau qurban sunat.

(d) Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan, kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan qurban.

(e) Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’) memakan daging qurbannya.

 

Sumber : www.islam.gov.my

Foto : Duniakorban.com

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga