Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Resipi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Belimbing Buluh

Selera Rahayu Mat Nah 10-Sep-2019

Menu tradisi orang Negeri Sembilan ini memang menambat selera. Walaupun rasanya agak pedas, tetapi jika sudah ada di depan mata, Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Belimbing Buluh ini memang sukar ditolak.

Khas untuk pembaca SalamToday, kali ini Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob sudi berkongsi resepi menu istimewa ini. Menariknya, Datuk Fazley turut berkongsi ilmu cara-cara mudah untuk membuat daging salai.

 

Bahan-bahan:

300 gram daging batang pinang

15 biji cili api

4 biji belimbing buluh (star fruit)

2 biji bawang besar

7 ulas bawang putih

2 batang serai

2 inci kunyit hidup

2 inci halia

3 keping asam jawa

250 ml santan

1 sudu kecil serbuk kunyit

100 ml air

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

 

Cara membuat daging salai

1) Sapukan daging batang pinang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dan panaskan kuali non-stick tanpa menggunakan minyak.

2) Apabila kuali panas, masukkan daging dan biarkan ia bertukar keperang-perangan keseluruhan. Rehatkan daging dan ketepikan seketika untuk menyediakan kuah.

 

Cara membuat kuah

1) Kisar cili api, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup dengan menggunakan mesin pengisar.

2) Kemudian tuangkan ke dalam air dan biarkan mendidih.

3) Masukkan daging salai yang telah dihiris dan tambahkan serbuk kunyit serta kepingan asam jawa.

4) Masukkan santan dan akhir sekali masukkan belimbing buluh. Kacau sehingga masak dan perisakan masakan.

Selamat mencuba!

 

Kredit foto : SukaSucre Studio