Strategi perniagaan yang tepat bantu cepatkan pemulihan

Perniagaan Adea Ghafar 28-Apr-2020
Mempercepat strategi perniagaan menjelang berakhirnya COVID-19 © Skypixel | Dreamstime.com

Sesebuah perniagaan perlu mempunyai strategi yang tepat untuk membuat sesuatu dengan lebih baik, bagi membolehkan kelancaran pemulihan dari krisis COVID-19. Bain & Company, firma perunding pengurusan yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) menyarankan syarikat-syarikat agar mengambil pendekatan ‘pandangan ke tindakan’ menjelang berakhirnya wabak COVID-19.

Ini merangkumi seluruh kegiatan perniagaan mereka apabila tiba masa untuk menguruskan pelbagai permintaan-permintaan, bermula dengan jangkaan  tingkah laku pelanggan. Sesebuah perniagaan akan berusaha untuk memenuhi permintaan-permintaan yang telah tertahan, atau menyesuaikan diri dengan permintaan terlindung selama beberapa minggu.

Kesemua ini semakin dirumitkan oleh pelbagai kemungkinan mengenai bila dan bagaimana pasaran-pasaran yang sangat berbeza dapat kembali ke  dalam talian. Mungkin juga, rakyat akan terpaksa kembali terkurung akibat penularan berterusan wabak COVID-19.

Keadaan ini memerlukan sesebuah perniagaan menggunakan kombinasi analisis ramalan dan analisis penetapan, simulasi senario dan pengesanan amaran-awal bagi meramal perubahan permintaan dalam waktu sebenar. Mereka dapat mengumpul, menganalisis dan menggabungkan data dari saluran-saluran dalam talian, kedai-kedai, media sosial, cuaca, berita dan pihak ketiga.

Syarikat-syarikat terkemuka tidak hanya akan melindungi rantaian bekalan dari sebarang gangguan berkaitan koronavirus baru, malah mengenalpasti perancangan fleksibel dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan semasa keadaan sedang pulih. Mereka juga akan mengurangkan risiko mendatang dan mengubah ketahanan rantaian bekalan mereka menjadi suatu sumber kelebihan daya saing.

Bain & Company juga menasihati sesebuah perniagaan untuk cuba mencari kemungkinan terdapatnya perubahan dalam keperluan pelanggan. Ini termasuk menyesuaikan model-model pengagihan barangan mereka berdasarkan tingkah laku norma baru. Kemungkinan mempercepatkan penggunaan saluran digital adalah salah satu daripadanya.

Dapatan jelas dan penting daripada kegawatan semasa ini ialah keperluan untuk meningkatkan tiga keupayaan berkaitan tetapi sedikit berbeza: ramalan, penyesuaian diri dan daya ketahanan. Sesetengah perniagaan telah pun menggunakan sistem dan peralat yang boleh memperbaiki ramalan, dan ada yang telah mendapat hasil yang baik.

Walaupun krisis ini jelas merupakan cabaran yang besar, ia juga memberikan kita peluang unik untuk belajar sesuatu yang baru. Bagi kebanyakan industri pada masa ini, syarikat-syarikat telah berjaya beralih ke platform digital secara keseluruhan, dalam masa yang singkat.

Sesebuah perniagaan juga harus mencari jawapan kepada beberapa soalan utama, seperti ‘idea-idea besar’ yang bakal membentuk syarikat itu dan juga industri terbabit bagi dekad seterusnya. Ini termasuk trend, perubahan tingkah laku pelanggan, juga kemampuan menyesuaikan diri masing-masing dan daya ketahanan dalam menghadapi arus perubahan landskap perniagaan.