Subsidiari Edaran dapat kontrak penyelenggaraan kastam bernilai RM56.71 juta

Uncategorized Hafiz Firdaus 04-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Edaran IT yang merupakan anak syarikat milik penuh Edaran Bhd.  telah mendapat kontrak bernilai RM56.71 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan, perisian pelayan dan aplikasi Sistem Maklumat Kastam daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Edaran IT merupakan penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan penyelesaian yang lengkap.

Edaran memaklumkan kepada Bursa Malaysia tentang kontrak selama 24 bulan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Sept 2019 hingga 31 Ogos 2021. Kontrak ini akan memberi kesan ketara ke atas perolehan sesaham (EPS) syarikat dan hasil daripada kontrak akan menyumbang ke arah perolehan Kumpulan Edaran bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020.