Sudah sampai masanya PKR mesti ada bangunan sendiri seperti PWTC

Uncategorized Hafiz Firdaus 07-Dis-2019

Kongres Nasional Keadilan yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC) hari ini begitu meriah dan penuh semangat dengan kehadiran 2,600 perwakilan, 1,500 pemerhati dan 3,000 tetamu jemputan termasuk media antarabangsa. Ia mirip kepada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas ketika parti itu berkerajaan.

Setelah 20 tahun penubuhan PKR dengan sokongan kuat dan nyata dari pelbagai kaum,  juga sebagai parti paling dominan dalam Pakatan Harapan, sudah sepatutnya PKR memiliki bangunan sendiri seperti UMNO memiliki PWTC.

Bangunan ini akan menjadi kebanggaan kepada ahli-ahlinya di seluruh 222 kawasan Parlimen di Malaysia, dan pastinya PKR akan lebih dinamik dalam meneruskan perjuangan.