Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Sultan Mahmud dari Ghazni – pemimpin, pahlawan dan peminat sastera

Timur Tengah 05 Feb 2021
Hanita Hassan
Sultan Mahmud dari Ghazni - pemimpin, pahlawan dan peminat sastera
Sultan Mahmud dari Ghazni - pemimpin, pahlawan dan peminat sastera (foto: makamnya di Ghazni, Afghanistan) © aalequtub.com

Terdapat hanya beberapa pemerintah sahaja di dunia yang mempunyai dwi matlamat iaitu di antara penaklukan negara dan kesusasteraan. Salah seorang pemerintah ini bernama Sultan Mahmud dari Ghazni.  

Satu demi satu, Sultan Mahmud berjaya menakluk wilayah baharu. Pada masa yang sama, beliau  menyokong  ramai penulis dalam pengembangan sastera.

Sultan Mahmud dari Ghazni 

Penguasa agung ini, yang nama asalnya Yamin ad-Dawlah Abdul-Qasim Mahmud ibnu Sabuktegin dilahirkan di Ghazni, Afghanistan, pada November 961. Pada  977, bapanya mengasaskan Dinasti Ghaznavi. Beliau yang merupakan putera sulung keluarga ini membesar dengan mengikut jejak langkah bapanya.

Ibunya adalah anak perempuan kepada keluarga bangsawan Iran. Kecintaannya terhadap kesusasteraan dan budaya Parsi disuburkan oleh ibunya. Sejarawan tidak menemui banyak maklumat mengenai masa kecil Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud telah bernikah pada usia muda. Isterinya, Kawsari Jahan, adalah anak perempuan daripada golongan keluarga yang terkemuka juga. Beliau mula menceburi bidang politik daripada bapanya.

Sultan Mahmud menunjukkan keberaniannya ketika berusia 23 tahun dengan mengambil bahagian bersama bapanya dalam sebuah peperangan. Saudara tirinya telah menakluki takhta setelah kematian bapanya.

Namun, Sultan Mahmud tidak membiarkannya duduk di atas takhta bagi masa yang panjang. Beliau akhirnya telah dapat menyingkirkan saudara tirinya dalam beberapa hari sahaja dan meletakkan dirinya semula di atas takhta tersebut.

Menjadikan Ghazni sebagai ibu kota

Untuk 33 tahun yang seterusnya, Sultan Mahmud berjaya dalam pemerintahannya. Mahmud menjadikan Ghazni sebagai ibu kota yang berkembang pesat. Usaha dan strategi yang luar biasa merupakan tulang belakang terhadap kejayaannya.

Sultan Mahmud dikurniakan dengan bakat ketenteraan yang luar biasa. Sebagai pemerintah pertama yang memegang gelaran Sultan, beliau menunjukkan kesetiannya terhadap pemerintahan Khalifah Abbasiyah.

Disebabkan keputusannya itu, Sultan Mahmud  berhasil memerintah kerajaannya selama hampir lebih daripada tiga dekad. Wira revolusi legenda ini telah menyerang India sebanyak 17 kali.

Namun, apa yang menghairankan ialah Sultan Mahmud tidak pernah memerintah India. Walaupun beliau bukan pemerintah negara India, namun Sultan Mahmud adalah tokoh politik yang terkemuka dalam sejarah benua kecil negara itu.

Objektif utama pencerobohannya ke atas India adalah untuk memiliki permata di sebuah kuil bernama Somnath,  bukan untuk menjajah negara itu. Serangan di Kuil Somnath adalah salah satu daripada 17 misi Sultan Mahmud.

Pada tahun 1026 masehi, beliau mula menjalankan ekspedisi ini. Ramai sejarawan mendakwa bahawa Sultan Mahmud telah menyerang Kuil Somnath dan merampas lapan ribu kilogram emas dan perhiasan. Orang  Brahman Hindu pada masa itu tidak percaya bahawa Sultan Mahmud akan dapat menakluki Kuil Somnath.

Pemimpin, pahlawan dan peminat sastera

Mengalir darah seorang pejuang daripada bapanya dan kecintaan ibunya dalam bidang kesusateraan. Minatnya dalam bidang sastera, puisi dan seni tidak ada tolok tandingnya. Sultan Mahmud dikenali sebagai penaung  para sarjana, mendirikan pusat pengajian tinggi, mendirikan ladang, masjid, istana, dan karavan.

Ulama seperti Ferdowsi dan Al-Biruni juga mendapat perlindungan daripadanya. Penyair hebat Ferdowsi mengabadikan ‘Shahnameh’ nya kepada Sultan Mahmud. Beliau  memiliki minat yang mendalam terhadap penyelidikan sungai begitu juga dengan ilmu sastera.

Dorongan daripada Sultan Mahmud memberi semangat kepada al-Biruni untuk menghasilkan karyanya, Tarikh al-Hind, yang memfokuskan kepada masyarakat dan budaya India.

Dari tahun 996 hingga 1030 masehi, Sultan Mahmud menakluki bahagian barat laut benua kecil India dan Iran. Bahkan, setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1030 masehi, Mahmud masih lagi dianggap sebagai pemerintah yang paling hebat dalam dinasti Ghaznavid.

Sultan Mahmud dari Ghazni bersemadi di hati semua rakyat kerana sikap kepahlawanan yang luar biasa. Rakyat Afghanistan mengenangnya sebagai pemerintah yang gagah berani dan memiliki taktik penaklukan yang unik.