Sultan Selangor bertitah jangan agungkan pemimpin komunis

Uncategorized Adea Ghafar 11-Dis-2019

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada ulang tahun keputeraannya yang ke-73 hari ini, supaya rakyat tidak terpengaruh dengan fakta sejarah yang mengelirukan dan tidak mengagungkan perjuangan dan ideologi Parti Komunis Malaya (PKM).

Menurut Sultan Sharafuddin, ideologi PKM jelas tidak berteraskan konsep negara berdemokrasi dan raja berperlembagaan. Di samping itu, pengorbanan masa lalu pasukan keselamatan dan orang Melayu, Cina dan India dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada PKR memang tidak dapat dinafikan.

Isu komunis ini telah tular semenjak abu mayat pemimpin PKM, Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia pada September lalu, dan mencetuskan ketidakpuasan hati orangramai.