Sumbangan Khalifah Abbasiyah terhadap Islam

Dunia Arab Nur Adibah Ramly 14-Okt-2020
ManuscriptAbbasid
Sebuah manuskrip di era Khalifah Abbasiyah © en.wikipedia-on-ipfs.org

Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, tangunggjawab Baginda telah diambil alih oleh empat khalifah Islam yang soleh. Maka bermulalah pemerintahan oleh khalifah, dan umat Islam dipimpin oleh khalifah yang sangat hebat.

Salah satu zaman pemerintahan khalifah adalah Khalifah Abbasiyah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam ke seluruh dunia. Khalifah yang tergolong dalam khalifah Abbasiyah mempunyai ciri-ciri setia, adil, dan beragama. Seterusnya, mereka banyak menyumbang kepada perjuangan Islam.

Siapakah Bani Abbasiyah?

Bani Abbasiyah adalah keturunan daripada bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abbas bin Abdul Mutalib. Perjuangan mereka adalah untuk mengembangkan agama Islam dan budaya Islam secara meluas. Era Khalifah Abbasiyah juga dianggap sebagai Zaman Kegemilangan Islam.

Khalifah Abbasiyah memberi sumbangan dalam pelbagai cara. Mereka memberikan banyak sumbangan untuk memperkuatkan kuasa Muslim dari aspek politik, ekonomi, sosio-budaya, dan ideologi.

Sumbangan politik

Khalifah Abbasiyah mempunyai kepemimpinan yang kuat. Cabaran utama mereka pada ketika itu adalah mempunyai musuh yang kuat. Masalah yang ditimbulkan oleh musuh yang kuat dapat ditangani oleh khalifah, kepimpinan mereka, dan tentera terlatih.

Salah satu pencapaian politik yang ketara adalah kekalahan Empayar Byzantine. Mereka berjaya menguasai beberapa buah wilayah kerajaan pada ketika itu dan membawa keamanan setelah dicengkam bagi satu tempoh yang panjang di wilayah tersebut.

Dengan adanya keamanan, kepemimpinan pentadbiran yang meyakinkan, dasar pemerintahan yang baik, dan angkatan tentera, era khalifah Abbasiyah dianggap sebagai zaman keemasan Islam.

Sumbangan Ekonomi

Khalifah Abbasiyah menjalankan pemerintahan  berlandasakan agama. Mereka hanya penguasa. Mereka memperkenalkan sistem zakat yang sempurna, pengagihan kekayaan bagi meningkatkan taraf hidup golongan kelas bawahan.

Ia akhirnya membawa kepada kejayaan pemerintahan khalifah serta menyumbang untuk memperbaiki keadaan ekonomi umat Islam.

Sumbangan sosio-budaya

Khalifah memberi perhatian terhadap rakyat dan fokus kepada ilmu sains, teknologi, nilai budaya, puisi, pendidikan, status wanita dalam masyarakat, dan lain-lain. Khalifah Abbasiyah juga membawa satu set seni bina yang unik.

Sistem pendidikan umat Islam berada di puncaknya ketika zaman pemerintahan mereka. Banyak perpustakaan universiti dan institusi pendidikan telah dibina. Falsafah Islam juga menyubur pada era ini kerana ia berbeza sama sekali dengan falsafah Yunani dan Rom dan perlu dihidupkan semula pada ketika itu.

Golongan berpendidikan tinggi menguasai pemerintahan khalifah, dan perkembangan pendidikan dianggap sebagai keutamaan dalam mengembangkan falsafah Islam.

Sumbangan ketenteraan

Khalifah Abbasiyah menghadapi pelbagai rintangan ketika pemerintahan mereka. Namun, Bani Abbasiyah tetap tabah dalam menangani cabaran menyatukan umat Islam. Sebilangan besar pemimpin tentera Abbasiyah berketurunan Arab.

Bani Abbasiyah berperang dengan Empayar Byzantine, tentera salib, dan musuh-musuh Islam yang lain dan akhirnya berjaya menewaskan mereka. Mereka juga bahkan telah mencabar dan melawan Mongol.

Satu era umat Islam yang terbaik

Kesimpulannya, era Khalifah Abbasiyah adalah salah satu era umat Islam yang terbaik, dan ia dikenali sebagai zaman kegemilangan Islam. Oleh itu, adalah benar bahawa Khalifah Abbasiyah memberikan banyak sumbangan untuk kesejahteraan umat Islam.

Khalifah Abbasiyah dan perjuangan Islamnya jelas telah menyasarkan pada kemajuan dalam bidang sains, seni, teknologi, ketenteraan, politik, dan astronomi.