Sunah memulakan bahagian dan sebelah kanan

Budaya Zalika Adam 07-Sep-2020
dreamstime_s_193603771
Tangan kanan atau tangan kiri? © Parkpoom4 | Dreamstime.com

Islam mengajar umatnya memulakan sesuatu perkara dengan bahagian kanan. Kerana setiap perbuatan yang dimulakan dengan bahagian kanan mempunyai hikmat berbanding bahagian yang kiri.

Setiap perbuatan Muslim dimulakan pada perkara yang indah sering diiringi dengan niat, sehinggakan ketika masuk ke masjid dan berdoa di sebelah kanan. Kewibawaan golongan hadith dari kalangan para sahabat, tabiin dan tabi tabiin menyelami sunah Nabi Muhammad SAW menjadi ikutan buat generasi masa kini.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Allah dan Malaikat-Nya berdoa di sebelah kanan barisan,” iaitu mereka meminta keampunan bagi mereka yang berada di sebelah kanan imam dari setiap baris.” (Hadis riwayat oleh Abu Dawood, Al-Baihaqi dan Ibn Hibban atas autoriti Aisyah)

Daripada al-Barra: “Apabila kami solat di belakang Rasulullah S.A.W, kami suka berada di sebelah kanan baginda, sambil baginda menyambut kami dengan mukanya.” (Hadis disepakati oleh Imam Nawawi, riwayat Muslim)

Daripada Aisyah r.a, berkata Nabi Muhammad SAW: “Nabi Muhammad suka melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya.” (HR al-Bukhari)

Berdasarkan daripada hadith di atas jelas menunjukkan bahawa amalan mendahulukan bahagian kanan dalam perbuatan harian kita, sebagaimana yang dicontohi oleh Nabi Muhammad SAW. Amalan mendahulukan bahagian kanan adalah perbuatan yang amat disukai oleh Baginda.

Antara amalan-amalan mendahulukan bahagian kanan ialah:

  • Adab makan dan minum: iaitu menggunakan tangan kanan ketika makan dan minum
  • Berpakaian: mula memasukkan tangan atau kaki kanan terlebih dahulu sebelum tangan dan kaki kiri
  • Menaiki kenderaan: hendaklah meletakkan kaki kanan ke dalam kenderaan terlebih dahulu (bergantung kepada jenis kenderaan)
  • Memakai kasut: memasukkan kaki kanan ke dalam kasut sebelum kaki kiri
  • Menyisir rambut: menyisir rambut di bahagian kanan terlebih dahulu, diikiti bahagian kiri
  • Bersuci: iaitu ketika mandi wajib atau sunat, didahulukan dengan meratakan air di bahagian kanan dahulu
  • Masuk masjid: masuk masjid hendaklah dengan kaki kanan

Manakala amalan yang berlawanan dengannya perlulah mendahulukan bahagian kiri, seperti:

  • Memasuki tandas
  • Keluar daripada masjid
  • Membuka pakaian
  • Membuka kasut

Rentetan daripada hadith yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan galakan memulakan perbuatan dengan sebelah kanan. Amalan yang baik ini perlu diamalkan dan menjadi teladan buat generasi akan datang.