Sunway Velocity Mall antara tumpuan warga kota meriahkan sambutan Tahun Baharu 2020

Uncategorized Syed Safri 31-Dis-2019
Sunway Velocity Mall
Kemeriahan tahun baharu di Sunway Velocity Mall © Grace5648 | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Pusat membeli-belah Sunway Velocity telah menjadi tempat tumpuan bagi meraikan ketibaan Tahun Baharu 2020 yang menyaksikan ketibaan ribuan warga kota seawal pukul tujuh malam dan berakhir sehingga pukul satu pagi.

Acara konsert yang bermula pada jam 10 malam telah dimeriahkan oleh Hael Husaini, Janna Nick, Danny Koo, Aina Abdul dan Imsomniacks. Acara kemuncak pada jam 12 tengah malam berakhir dengan pertunjukan warna-warni bunga api selama 10 minit.

Pengunjung telah mengambil peluang merakam gambar kenangan sambil menikmati makanan di lebih 40 trak makanan yang disediakan. Pengunjung turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.