Swiss Image – Produk Penjagaan Wajah Dari Switzerland Yang Halal Kini Di Malaysia

Switzerland merupakan sebuah negara yang memang sinonim dengan jenama penjagaan kulit yang bertaraf antarabangsa kerana kualitinya yang bermutu tinggi.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai wanita berkerjaya masa kini  tertarik dengan produk dari Switzerland tetapi tidak mampu memilikinya kerana harganya agak tinggi.

“Kami mahu semua wanita di Malaysia menikmati produk penjagaan kulit Swiss yang mewah dan berkualiti  pada harga yang  mampu dimiliki oleh setiap golongan wanita,” ulas Ambra Orsolini, wakil dari Swiss Image International.

“Pada masa yang sama, kami juga memahami kepentingan umat Islam terhadap status halal di Malaysia. Semua produk kami mempunyai pengiktirafan halal supaya umat Islam di sini boleh guna produk kami tanpa was-was.”

Selain daripada itu, semua produk Swiss Image juga menjalani kajian klinikal yang menyeluruh pada produk siap berbanding dengan jenama lain yang hanya membuat kajian penyelidikan pada ramuan produk ” tambah Ambra .

Pasti tidak ramai yang tahu tentang keadaan cuaca melampau negara Switzerland namun wanita-wanita Swiss sejak dulu mempunyai reputasi memiliki kulit yang sihat dan berseri-seri sepanjang tahun.

Rahsianya adalah air Alpine Glacier Melt yang mengalir dari Alpen Swiss yang kaya dengan vitamin B3, bahan anti-oksida yang tinggi serta mineral semula jadi yang  terdapat pada formulasi produk Swiss Image.

Selain  itu, ciri-ciri sifat biologi aktif Alpine Glacier Melt yang mudah diserap oleh kulit kerana teksturnya yang ideal itulah yang menjadikan produk ini amat berkesan,” tambah Ambra lagi.

Buat pertama kalinya di Asia Tenggara dengan membawa mesej ‘Discover Pure Beauty’, jenama penjagaan kecantikan seratus peratus dari Switzerland muncul di Malaysia dan merupakan pasaran ke-21 Swiss Image. Ia mempunyai variasi produk penjagaan wajah yang berasaskan bahan semula jadi iaitu Alpine Glacier Melt Water, Snow Algae dan Ekstrak Swiss Botanical.

Majlis pelancaran ekslusif Swiss Image bersama Watsons Malaysia yang bertemakan budaya Switzerland telah diadakan di Restoran Chalet Suisse, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2019 yang turut dihadiri oleh Duta Besar Switzerland di Malaysia, Yang Terutama  Michael Winzap dan Encik Thoren Tan, Pengarah Perdagangan dari Watsons Malaysia. Produk Swiss Image kini menjelajah melebihi 20 pasaran antarabangsa termasuk Rusia, Eropah, Arab Saudi, India, Turki dan lain lagi.

Produk penjagaan kulit Swiss Image menggunakan bahan aktif yang luar biasa dan semua produknya bebas SLS / SLES & phthalates untuk membantu membaik pulih kulit wajah. Produk Swiss Image menggabungkan produk mereka dengan air Alpine Glacier Melt yang sarat dengan vitamin dan mineral semulajadi yang membina dan melindungi kulit wajah. Alga Salji juga digunakan dalam produk Anti-Penuaan mereka untuk menganjalkan kulit dan membantu mengurangkan proses penuaan kulit. Bahan-bahan lain seperti Ekstrak Botanikal Swiss (Edelweiss dan Anogeissus Leiocarpus Bark Extract) membantu menghapuskan radikal bebas dan melindungi kulit wajah.

Tiga rangkaian pilihan produk Swiss Image terdiri daripada rangkaian Essential Care, Whitening Care dan Anti-Aging. Walaupun ia  mengandungi bahan-bahan yang berbeza, ia masih boleh digunakan oleh semua jenis kulit.

Penjagaan Asas (Essential Care) Penjagaan Asas terdiri daripada pembersih asas, toner dan pelembap yang pelbagai dan boleh digunakan pada semua jenis kulit. Antara produk dalam rangkaian ini adalah pembersih muka Mattifying Face Wash Gel, masker Absolute Hydrating Mask, Refreshing & Mattifying Toner yang membantu mengecilkan pori dan mengimbangkan pH kulit serta produk pelembap dan perlindungan Absolute Repair Night Cream dan Absolute Hydrating Day Cream.

Set Pemutih (Whitening Care) Set Pemutih memberi tumpuan faktor perubahan warna kulit dengan mengurangkan pigmentasi dan kerosakan kulit wajah. Antara produk yang terdapat dalam rangkaian ini adalah pembersih wajah  Absolute Radiance Whitening Face Wash, Face Scrub dan Face Mask. Produk pelembap dan perlindungan pula dibahagi kepada dua produk iaitu Absolute Radiance Whitening Day Cream dan Night Cream.

Anti-Penuaan (Anti-Aging Care) Set Anti-Penuaan mempunyai bahan spesifik untuk meningkatkan dan menguatkan keanjalan. Produk pelembap  dan perlindungan didatangkan dalam dua bentuk, Absolute Radiance Day Cream dan Night Cream.

Semua produk Swiss Image berharga RM30 ke atas, sekali gus menjadikan ia produk berkualiti mewah pada harga mampu milik. Pasti jenama ini bakal memberikan saingan hebat kepada rangkaian produk penjagaan kulit yang sedia ada di Malaysia. Produk Swiss Image boleh didapati eksklusif di stokis kecantikan terbesar Malaysia,Watson.

Sumber foto : Swiss Image