Syarikat minyak Mexico umum penemuan deposit minyak mentah yang besar di Tabasco

Uncategorized Hafiz Firdaus 07-Dis-2019

BANDAR MEXICO, 7 Dis — Agensi berita Rusia Sputnik melaporkan pengumuman Octavio Romero Oropeza, Ketua Eksekutif Pemex, iaitu syarikat minyak negara Mexico tentang penemuan deposit minyak mentah yang sangat besar di tenggara Tabasco dengan rizab minyak mentah 3P sejumlah 500 juta tong.

Kerja-kerja penggalian telaga minyak sudah bermula untuk mengekstrak sehingga 69,000 tong sehari. Pemex merancang untuk meningkatkan pengeluaran minyak kepada 110,000 tong sehari menjelang 2021.

Pengeluaran telah merosot hampir 30 peratus sejak enam tahun lepas dan jatuh sebanyak tujuh peratus pada tahun lepas. Pemex telah mempergiat penggalian di Mexico susulan kemerosotan rizab dalam bidang yang sedang dibangunkan.