Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Syukur yang subur

Islam 09 Jan 2021
Pendapat oleh Hagnas
Syukur yang subur
Syukur yang subur © Odua | Dreamstime.com

Kita hidup bukan hanya di dunia. Kita semua akan mati dan bertemu dengan Allah SWT. Ini fakta yang semua orang beriman percaya. Hidup kita jauh lebih panjang di Akhirat sana.

Terlalu lama masa kita di akhirat nanti hingga hampir-hampir tiada nilai hidup kita di dunia.

Syukur yang subur

Hidup ringkas kita di dunia ini akan dinilai oleh Allah SWT. Jika Allah redai dan rahmati kita, maka kita dapat menikmati hidup kekal yang jauh lebih lama dan bermakna di Syurga, insya-Allah.

Rahmat Allah SWT yang luas itu bakal diberikan kepada kita di akhirat yang kekal abadi jika kita berjaya hidup di dunia yang begitu pendek tempohnya ini dengan mendapat keredhaan-Nya. Maka apakah formula kejayaan hidup di dunia yang akan membawa kita berjaya di akhirat sana?

Antara formula berjaya

Antara formula berjaya yang Allah SWT berikan kepada kita di dunia ini ialah amalan bersyukur kepada-Nya. Ini jelas dirakamkan dalam ayat 7 dari Surah Ibrahim:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Inilah janji dari Allah SWT buat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya. Hanya dengan syukur, Allah menjanjikan untuk menambahkan kenikmatan itu kepada kita.

SubhanAllah, pemurah dan penyayangnya Allah SWT kepada kita semua. Hanya dengan syukur, semudah dan seringkas dengan ucapan alhamdulillah, Allah memberikan khabar dan janji indah untuk menambahkan nikmat kepada orang yang bersyukur.

Syukur dengan segala yang ada

Tentunya syukur bukanlah sekadar ucapan di lidah. Amalan yang baik juga boleh dimanifestasikan sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT. Lihatlah dengan mata hati kita, betapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Justeru, jika kita berusaha sebaik mungkin untuk mensyukuri segala nikmat Allah SWT kepada kita, semakin banyak nikmat yang Allah janjikan kepada kita semua. Walaupun mustahil untuk kita membilang segala nikmat, tetapi tiada yang dapat menghalang kita untuk menambahkan sebanyak mungkin segala kesyukuran kita kepada-Nya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan orang-orang yang bersyukur.  Insya-Allah, suburlah kehidupan kita dengan kebaikan.