Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Tabah itu indah

Masyarakat 04 Dis 2020
Tabah itu indah
Tabah itu indah © - Dreamstime.com

Tabah itu indah dan sangat mulia. Ganjaran pahala buat orang yang tabah atau sabar ini sangar besar sekali. Begitu banyak dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith yang menyatakan tentang kelebihan dan ganjaran besar lagi istimewa yang diberikan kepada mereka yang tabah.

Pentingnya tabah hingga Nabi Muhammad SAW menekankan dan mengulangi tiga kali pesanan penting baginda supaya kita tidak marah. Ini jelas kerana marah adalah antara tanda hilangnya tabah.

Tanpa tabah, kita susah

Maka berusahalah bersungguh menahan marah. Memang ini tidak begitu mudah, bahkan tabah tanpa marah selalunya susah…tetapi marah tanpa tabah itu menjadikan kita lebih susah.

Berapa ramai manusia yang dihimpit rasa resah dan gundah kerana gagal untuk tabah. Seorang yang mendapat harta yang banyak akan menjadi gundah  apabila beliau tidak tabah mengawal perbelanjaan hartanya yang banyak hingga harta itu hilang dalam sekelip mata sahaja.

Seorang pelajar yang tidak tabah mengawal keinginannya berhibur dan bermain akan merana dan resah akibat kegagalan mereka dalam pelajaran. Kesemua kesan akibat dari hilangnya tabah ini akan menjadikan seseorang itu menanggung kesan buruk yang lebih susah berbanding sedikit ketabahan yang diperlukan pada mulanya.

Tabah bukanlah pasrah

Namun tabah jangan difahami dengan erti yang salah. Tabah bukanlah semata-mata bererti mengaku kalah. Tabah juga bukan bermaksud pasrah hingga rebah tanpa arah.

Malah tabah yang absah itu tidak akan  sekali-kali menjadikan kita orang yang hilang arah. Hati yang tabah itu perlu dipandu oleh akal yang sihat lagi terarah. Seseorang yang terjatuh dan terluka tidak akan selamanya kembali sihat sekiranya beliau tidak bangun dari jatuhnya tanpa sebarang usaha.

Tabah itu indah

Yang sewajarnya bagi mereka yang menerima sesuatu musibah itu ialah berusaha untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini itu berlaku lagi dalam kehidupannya.

Walaupun ramai antara kita memahami bahawa tabah itu sangat besar ganjarannya, masih ramai lagi antara kita yang belum benar-benar bersungguh untuk menyemai sifat tabah dalam diri. Walaupun sesekali kita gagal untuk menjadi tabah, teruskanlah usaha kita untuk menyemai sifat tabah ini.