Tabik hormat kepada semua pekerja, terutama yang memerangi COVID-19

Kehidupan Ahmad Mahmud 01-Mei-2020
Selamat Hari Pekerja © https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

Sempena Hari Pekerja, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan telah memberi penghormatan kepada pekerja seluruh negara, terutama mereka yang memerangi COVID-19.

Dr. Wee memilih untuk meraikan semua pekerja barisan depan dan barisan belakang sebagai hero nasional, yang tidak berhenti-henti bertugas sepanjang masa ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Ketika negara mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah, tenaga kerja di barisan hadapan dan belakang bekerja keras untuk melandaikan keluk COVID-19, melawan keletihan, hujan dan panas terik untuk rakyat dan negara tercinta.

Beliau juga turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pekerja, tanpa mengira sektor dan lokasi. Peranan dan pengorbanan mereka menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara adalah amat dihargai.

Tanpa pekerja yang berdedikasi, tidak mungkin sesebuah syarikat atau organisasi berdiri teguh dan berjaya. Dan tanpa syarikat atau organisasi yang berjaya, tidak mungkin mereka dapat menyumbang kepada masyarakat atau pun menjalankan tanggungjawab sosial korporat masing-masing.

Dr Wee juga menyelami sejarah Hari Pekerja yang juga dipanggil Hari Buruh. Sambutan ini telah bermula pada abad ke-18 ketika para pekerja ketika itu memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Hari Pekerja pertama kali disambut pada tahun 1972. Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan 1 Mei sebagai cuti umum bagi pekerja seluruh Malaysia.