Tabung pinjaman bantu petani terjejas dengan bencana diwujudkan – Sim

Uncategorized Adea Ghafar 14-Dis-2019

KEPALA BATAS, 13 Dis — Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin mengumumkan inisiatif mewujudkan tabung pinjaman berjumlah RM100 juta melalui Agrobank untuk membantu para petani yang ditimpa bencana.

Beliau yang ditemui di sidang media majlis penyerahan bantuan bencana tanaman padi di Institut Pertanian Bumbong Lima berkata, semua kategori petani yang mengalami kerosakan akibat bencana boleh meminjam dari tabung ini pada kadar empat peratus.

Sim memberi contoh bencana Taufan Lekima telah merosakkan ternakan sangkar ikan di Nibong Tebal dan mengakibatkan kerosakan berjumlah RM40 juta, dan para petani terbabit telah memohon pinjaman berfaedah rendah.