Taktik baru penyeludupan imigran ke Malaysia terbongkar

Uncategorized MAS 10-Dis-2019

Penyeludup imigran kini didapati membawa masuk imigran dalam jumlah kecil untuk mengelak penemuan pihak berwajib. Kenderaan yang sering digunakan untuk mengangkut imigran asing ini adalah seperti Honda Jazz dan Perodua Myvi berbanding penggunaan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelumnya.

Agensi keselamatan mengesan taktik berkenaan di sempadan Kelantan selepas menahan lima rakyat Myanmar dan seorang warga tempatan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Agensi berkenaan telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. Kenderaan itu kemudiannya memecut untuk melarikan diri tetapi telah terbabas.

Siasatan menunjukkan lelaki tempatan berkenaan membawa warga Myanmar berkenaan tanpa dokumen perjalanan sah.