Taman Negara Pulau Pinang, Mutiara Yang Tersembunyi

Tahukah anda di negeri Pulau Pinang terdapat sebuah Taman Negara. Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 390 km dan kira-kira 42 km dari Georgetown, Pulau Pinang.

Sekiranya memandu sendiri melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar di persimpangan Jambatan Pulau Pinang dan menuju ke arah Batu Feringghi seterusnya ke Teluk Bahang. Pejabat Pentadbiran Taman Negara Pulau Pinang terletak di Jalan Hassan Abbas. Kenderaan awam boleh diperolehi di Terminal Feri / KOMTAR terus ke Teluk Bahang atau boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan bas yang disediakan.

Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti merentasi titian kanopi iaitu RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Taman Negara ini. Anda pasti terpegun melihat keindahan panorama alam yang begitu mendamaikan selain menghirup udara yang segar.

Jika anda merancang untuk bercuti di kawasan peranginan Batu Feringgi, apa kata anda luangkan masa untuk berkunjung ke Taman Negara ini. Anda boleh pilih untuk balik menaiki bot dan singgah di Monkey Beach untuk melakukan aktiviti pantai.

Selamat bercuti!

 

Sumber : www.penang.ws

www.wildlife.gov.my

 www.pinterest.com

 www.jomjalan.com.my