Tampil Anggun Di Aidilfitri Bersama Kemilau Swarovski

Bersempena dengan sambutan Aildilfitri yang bakal disambut oleh umat Islam seluruh dunia tidak lama lagi, jenama barang kemas terkenal iaitu Swarovski telah melancarkan kempen sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri buat pertama kalinya di Malaysia.

Buat pertama kali juga, wajah selebriti terkenal Malaysia yang juga merupakan wajah eksklusif Swarovski Malaysia iaitu Noor Neelofa telah diabadikan di ‘billboard’ sempena dengan kempen ini.

Swarovski hadir dengan perhiasan berona emas bertatahkan batu permata berwarna hijau sesuai dengan ‘mood’ Ramadan dan Aidilfitri.

View this post on Instagram

Swarovski SS19 Ramadhan

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Rekaan yang minimalis serta tidak terlalu sarat, pasti akan membuatkan si pemakai kelihatan manis dan anggun di hari lebaran nanti.

Anda boleh memilih sama ada rantai, subang, gelang mahupun jam tangan sebagai aksesori pelengkap gaya anda untuk disuaipadankan bersama baju raya anda nanti.






Kesemua koleksi ini boleh dibeli di butik-butik Swarovski di seluruh Malaysia ataupun secara atas talian.

 

Foto : Swarovski