Tampil Menawan Di Hari Bahagia Biarpun Berpurdah

Siapa bilang wanita yang berpurdah tidak boleh tampil menarik dan menawan di hari bahagia. Jika kena dengan rekaannya, wanita berpurdah juga boleh kelihatan bergaya di hari pernikahan.

Sebagai contoh, lihat sahaja pasangan pengantin baru ini. Mereka kelihatan sungguh menawan memakai persalinan songket rekaan pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail.

Ezuwan telah berkongsi foto pelanggannya itu di akaun Instagram beliau. Rata-rata pengikut akaun Instagram pereka yang terkenal dengan jolokan ‘Tukang Jahit Termahir Malaysia’ itu memuji rekaan beliau.

Selepas ini, bakal pengantin yang memakai purdah tidak perlu risau lagi memikirkan busana apa yang sesuai untuk digayakan di hari bahagia.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada pasangan pengantin berkenaan dan juga kepada Ezuwan Ismail kerana berjaya menghasilkan rekaan yang sangat cantik dan sopan untuk pengantin yang berpurdah.