Tampil Sopan di Hari Raya

Hujung minggu ini tentu masih ramai lagi yang akan mengambil kesempatan untuk membeli pakaian Raya. Dengan lambakan fesyen di luar sana, pasti rambang mata dibuatnya. Sebab itu kaum wanita mengambil masa yang sangat lama untuk membuat keputusan.

Biar apa pun pilihan baju yang ingin digayakan pada pagi Raya nanti. Pastikan anda tampil sopan dan tidak mencolok mata. Jangan berpakaian terlalu ketat atau terdedah di sana-sini sehingga menjejaskan kemuliaan Aidilfitri.

Berikut adalah tip asas pemilihan pakaian untuk wanita Muslimah:-

1) Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

2) Pakaian hendaklah longgar, tidak ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

3) Pakaian tidak terlalu nipis sehingga boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Jika pakaian itu jarang, anda harus memakai pakaian dalam.

4) Elakkan pakaian yang fabriknya melekat ke tubuh badan.

5) Rekaan atau potongan pakaian itu tidak berlebih-lebih sehingga boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah.

Bagi yang selesa mengayakan jubah atau abaya di pagi raya, berikut adalah panduan memilih jubah yang perfect!

1. Pilih warna hitam atau natural coklat, kelabu serta warna setona dengannya dianggap paling sepadan untuk jubah. Selain sesuai digayakan di pagi raya, ia juga boleh digayakan dalam banyak acara.

2. Pilih potongan longgar, bukan melekap ke tubuh badan. Asas rekaan jubah adalah potongan yang longgar untuk menyembunyikan susuk tubuh si pemakai.

3. Elakkan fabrik lycra yang akan membuatkan jubah mengikut bentuk badan, sekaligus menafikan fungsi sebenar jubah untuk terlihat sopan dan sederhana. Kalau masih mahu jubah daripada fabrik ini, beli saiz yang lebih besar daripada ukuran badan.

4. Elakkan corak atau motif yang terlalu sarat. Sebaliknya gayakan jubah polos dengan motif ringkas untuk kelihatan versatil dan classy.

Kredit foto : Jubah Souq