Tebing jalan runtuh di Taman Sutera

Uncategorized Yen Doran 16-Dis-2019

Berikutan hujan lebat semalam di kawasan perumahan Jalan Sutera 6/1, Taman Sutera dekat Kulai, tebing jalan berhampiran kediaman runtuh berukuran kira-kira 100 kaki persegi itu .

Seorang penduduk menyaksikan kejadian itu Mohamad Yusof Daud, 60, berkata, kejadian merupakan pertama kali berlaku sejak dia menetap di kawasan perumahan terbabit kira-kira 15 tahun lepas.

Dilaporkan dua kenderaan hampir terjatuh dari runtuhan itu berjaya ditarik ke tempat yang selamat dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.