Teknologi 5G untuk keluarga cemerlang

Budaya Hagnas 02-Sep-2020
dreamstime_s_145369316
Teknologi 5G untuk keluarga cemerlang © Elnur | Dreamstime.com

Teknologi telekomunikasi terkini, 5G, bakal membawa banyak perubahan kepada kehidupan manusia. Kelajuan data Internet yang tinggi yang ditawarkan kepada pengguna membolehkan pelbagai applikasi dan perkhidmatan dapat diberikan termasuk panggilan suara, penghantaran gambar, audio mahupun video dengan kualiti yang lauh lebih baik dari sebelumnya.

Kecanggihan teknologi jaringan komunikasi ini dapat sangat membantu kehidupan manusia samada dari soal pendidikan, perniagaan mahupun sosial dan hiburan. Bahkan, teknologi 5G juga amat berguna insya-Allah untuk memantapkan hubungan antara kita sesama ahli keluarga demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Secara ringkasnya, ada lima formula cemerlang keluarga, yang diringkaskan dengan singkatan 5G ini, seperti berikut:

Pertama – Renung: Ini merujuk kepada keperluan kita sebagai hamba Allah SWT untuk merenungi apa matlamat sebenar kita sebagai keluarga Islam. Pengabdian kepada Allah  adalah matlamat utama kita semua, secara individu mahupun keluarga. Justeru setiap perancangan dan tindakan kita perlulah sentiasa ditujukan dalam ramgka memenuhi tujuan hidup kita ini.

Kedua – Rancang:  Antara petua kejayaan keluarga ialah merancang tindakan sesuai dengan matlamat yang ingin kita capai. Dalam perjalanan kita menuju Allah SWT sebagai hamba-Nya, tentulah banyak noktah-noktah kehidupan yang perlu kita rancang. Jika perjalanan yang memakan masa sehari pun perlu dirancang, apa lagi perjalanan seumur hidup kita sebagai hamba-Nya tentulah perlu lebih lagi dirancang serta dibincang bersama dalam keluarga.

Ketiga – Berjuang: Ibu bapa dan keluarga perlu berusaha untuk berjuang, mengikut tahap pengalaman dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dunia dan lebih-lebih lagi akhirat. Setiap tindakan dan perancangan kita perlulah dilakukan dengan penuh tawakkal kepada-Nya.

Keempat – Buang: Sesekali kita mungkin tersilap tindakan. Ini lumrah manusia. Maka manusia yang berjaya perlulah berani untuk membuangkan kesalahan dan kesilapan mereka dan terus mara menuju kejayaan. Manusia yang sombong dan tidak mengakui kesilapan diri sendiri hanya akan merugikan diri sendiri di dunia bahkan jua di akhirat.

Kelima dan terakhir – Ulang: Ya, ulangilah segala prinsip dan kebaikan yang kita lakukan dalam tindakan kita tanpa jemu kerana ini akan melahirkan keteguhan dm istiqamah yang dicintai oleh Allah SWT. Usah malu untuk memperbetulkan kesilapan kita, jika ada, sehingga dapat kita melakukan amalan yang benar dan disukai oleh Allah dan seterusnya ditetap dan diulang amalan itu bagi mengharap redha dan rahmat dari-Nya.