Telco Asia Pasifik dijangka mencatat pertumbuhan pendapatan sederhana pada 2020

Uncategorized MAS 04-Dis-2019

Agensi penarafan kredit, Moody’s Investors Service menjangkakan pertumbuhan pendapatan syarikat telekomunikasi (telco) antara 2.5 peratus hingga 2.7 peratus pada tahun hadapan. Unjuran pertumbuhan pendapatan ini ketinggalan 3.8 peratus berbanding pertumbuhan keluaran dalam negara kasar akibat kematangan sektor tersebut.

Berbanding telco di pasaran maju yang sudah memiliki rangkaian mantap, perbelanjaan modal kekal tinggi akibat syarikat-syarikat di pasaran membangun perlu melabur dalam prasarana rangkaian.

Untuk perbandingan, telco di Australia, China dan Korea Selatan sudah menyediakan perkhidmatan 5G, manakala Jepun akan menawarkannya pada tahun hadapan. Perbelanjaan ini mencapai 23% daripada pendapatan dan pembiayaan mungkin perlu diraih hasil jualan asset dan pengurangan bayaran dividen.