TEMPAH – Aplikasi Terbaru Pesanan Makanan Halal

Baru-baru ini SalamToday Malaysia telah diterbangkan khas ke Pulau Pinang untuk menghadiri pelancaran aplikasi membeli makanan terbaru atas talian.

Kehadiran platform digital seperti Uber, Grab dan AirBnB telah mengubah cara hidup kita dan mencipta peluang pendapatan baru untuk orang ramai. Gelombang aplikasi digital ini sedikit sebanyak memberikan persaingan sihat kepada industri pemasaran dan pembelian produk dan juga perkhidmatan.  Aplikasi digital ini juga sudah semestinya memberikan manfaat dan faedah yang sangat baik kepada pengguna masa kini.

Seiring dengan perkembangan dunia digital, Avicenna Technologies Sdn Bhd tampil dengan TEMPAH, sebuah platform digital Islamik yang menggalakkan peluang perniagaan untuk umat Islam, terutamanya suri rumah dan restoran dalam memasarkan hidangan mereka.

TEMPAH merupakan satu-satunya hub tempahan makanan secara dalam talian menerusi aplikasi yang menawarkan 100% rangkaian pilihan makanan yang berkonsepkan makanan Muslim. Bakal dilancarkan di AppStore dan Playstore, ia menjanjikan ciri-ciri tempahan yang mudah, ringkas dan yang paling penting makanan yang disediakan adalah Muslim Friendly.

Pelanggan, menerusi aplikasi ini boleh mengatur tempahan makanan mengikut waktu pilihan mereka dan melakukan self-pickup ataupun memilih servis penghantaran terus ke lokasi pilihan.

Sementara itu, pelanggan juga bakal menikmati pelbagai pilihan rangkaian makanan yang berkualiti daripada restoran tempatan termasuk sajian dan makanan daripada rumah (homecook).

Pengguna pelbagai bangsa dan agama di Malaysia kini boleh membuat tempahan makanan pilihan bermula pada 11hb September 2019 bagi pengguna di pulau khazanah makanan iaitu Pulau Pinang dan 17 September 2019 bagi pengguna di Kuala Lumpur.

Setakat ini terdapat 10 Chef atau jenama makanan terkenal di sekitar Pulau Pinang yang telah menyertai aplikasi ini antaranya Restoran Nasi Kandar Makbul dan Lanusetra Kitchen.

Acara pada petang itu telah dirasmikan oleh YB Nurul Izzah Anwar yang turut berbangga dengan pelancaran aplikasi yang mengutamakan makanan halal ini.

 

 

PROFIL SYARIKAT

Avicenna Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi baru yang beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ditubuhkan pada tahun 2018, ia diinspirasi dan diterajui oleh wanita muda.

Seiring dengan dunia digital masa kini, Avicenna Technologies Sdn Bhd telah melancarkan satu aplikasi bernama TEMPAH yang bakal memudahkan hidup anda. Dengan matlamat untuk meningkatkan Ekonomi Digital Islamik Global, kami juga mahu menggalakkan wanita Muslim untuk sama-sama meningkatkan pembabitan mereka dalam dunia usahawan.

Instagram    : @tempah.food

Facebook     : @Tempah-Food