Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Tempat Menarik dan Makanan Halal di Eropah

Singgah Helmi Anuar 18-Okt-2019

Rakyat Malaysia memang gemar melancong ke luar negara bagi merasai sendiri pengalaman budaya baharu serta meneroka bandar-bandar yang belum dikunjungi sebelum ini. Ternyata, salah satu aspek yang penting bagi mereka yang beragama Islam apabila melancong adalah pilihan makanan halal yang tersedia di destinasi yang ditujui.

Di sini, SalamToday ini berkongsi beberapa cadangan destinasi percutian di Eropah yang bukan sahaja mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik tetapi juga mempunyai seleksi makanan halal yang ‘meriah.’

 

Kota London bukan sahaja terkenal dengan kesenian dan galerinya, malahan dengan mercu tanda bersejarah seperti Istana Buckingham dan The Houses of Parliament. Dengan populasi penganut Islam yang lebih daripada 1 juta, kota London juga merupakan kota yang paling mesra Islam di Eropah.

Makanan halal dari pelbagai negara Muslim di dunia boleh didapati di sini seperti makanan dari negara Pakistan, India, Arab and Afrika. Anda boleh mencuba juadah yang tersedia di  Liman Restaurant yang memang terkenal dengan makanan Arabnya, Stax Diner di Jalan Carnaby yang menawarkan makanan ala-Amerika seperti burger dan wafel halal, atau Pie Republic yang menyediakan pai British halal.

 

Vienna, ibu kota negara Austria dan bandar terbesar di negara ini yang kaya dengan budaya dianggap sebagai bandar paling sesuai didiami di dunia. Dengan legasi musik klasiknya yang berusia ratusan tahun, kota Vienna pastinya menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan serta aktiviti untuk seisi keluarga.

Di sana nanti, pertimbangkanlah restoran Turkish Oriental Food dan Daily Imbiss sebagai restoran halal yang harus dikunjungi di dalam jadual percutian anda.

 

Ibu negara Itali, Rom adalah sebuah kota yang kaya dengan artifak kuno serta monumen bersejarah yang berabad lamanya yang perlu dilawati sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Dari Colosseum yang mengagumkan sehingga ke Forum Roman, dan dari Pancutan Air Trevi sehingga ke Muzium Vatikan, saksikanlah seni bina dan kesenian yang menakjubkan di setiap tempat.

Rom juga terkenal dengan pelbagai restoran halal serta kudapan yang menyelerakan seperti gelato (aiskrim) Itali yang terkenal. Singgahlah di kedai gelato halal yang berasaskan ramuan semula jadi, Frigidarium untuk menikmati pelbagai jenis perisa yang ditawarkan di sana.

 

Kota Paris yang terkenal dengan mercu tanda Eiffel Tower dan muzium Louvre adalah satu lokasi yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan, memandangkan banyak tarikan menarik yang boleh dilihat dan dinikmati di sini.

Paris mempunyai komuniti Islam yang sudah lama menetap di sana. Maka tidak menghairankan kota ini mempunyai lebih daripada 100 restoran halal yang menawarkan pelbagai jenis juadah, dari yang mewah hinggalah ke makanan bawa pulang. Dua buah restoran halal yang harus dikunjungi adalah Kashmir House yang menyajikan masakan Pakistan yang lazat, dan Sizin bagi masakan Turki.

 

Gabungan bangunan-bangunan bersejarah dan seni bina kontemporari hebat membuatkan Amsterdam menjadi sebuah kota yang menarik untuk diterokai. Pilih sahaja mahu berjalan kaki,  berbasikal dan menaiki bot di sepanjang terusan.

Ibu kota Belanda ini mempunyai komuniti Islam yang besar di kerana Islam merupakan agama kedua terbesar di negara tersebut. Ini menjadikan pencarian makanan halal sangat mudah. Grillroom Shoarma dan Bazaar Amsterdam menawarkan pilihan makanan halal yang lazat.

Jika buntu menguruskan perjalanan atau memerlukan bantuan membuat sebarang tempahan hotel dan tiket tempat tarikan pelancong di mana-mana negara Eropah yang disebutkan di atas, cubalah gunakan aplikasi Agoda. Selain daripada memudahkan proses tempahan, aplikasi ini dapat membantu memberikan panduan tentang taman-taman yang cantik, zoo tertua di dunia, tempat membeli belah yang hebat, konsert-konsert klasik, masjid-masjid yang indah serta pilihan makanan halal yang menyelerakan dari santapan kasual sehingga ke mewah.

 

Sumber: Agoda