Tenaga Nasional Berhad (TNB) galak penggunaan panel solar

Uncategorized MAS 12-Dis-2019

TNB menggalakkan syarikat swasta dan agensi kerajaan dalam penggunaan panel solar untuk menjana tenaga. Usaha ini bagi memenuhi matlamat bandar rendah karbon disamping penjimatan tenaga. TNB sedang dalam proses perbincangan bersama kerajaan negeri Melaka dan syarikat swasta untuk melaksanakan tujuan tersebut.

TNB telah memeterai perjanjian dengan Subitec, sebuah syarikat tempatan untuk pemasangan panel solar. Syarikat berkenaan bakal menjimatkan RM1 juta bil elektrik dalam tempoh 25 tahun dengan pemasangan 150kWp panel solar fotovoltaik (PV) di bumbung kilang di Ayer Keroh.

TNB juga telah menandatangani perjanjian sama dengan sekolah, universiti swasta, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemaju perumahan di beberapa negeri lain.