Tengku Azura – Supermodel Kebanggaan Malaysia

Memang menjadi impian kami di SalamToday Malaysia untuk mengabadikan wajah kebanggaan negara ini sebagai penghias muka depan. Tengku Azura Tengku Awang, peragawati terulung tanah air yang pernah menggemparkan industri fesyen negara apabila terpilih sebagai wajah jenama mewah antarabangsa, Dior pada tahun 2000.

Azura ibarat ratu dalam dunia fesyen tanah air pada era 90an dan dekad pertama Milennium. Wajahnya sering menghiasi kulit majalah popular tempatan malah langkahnya sering kali melewati pentas pertunjukan fesyen di Malaysia saban tahun. Ramai pereka fesyen tempatan menjadikan Azura sebagai muse mereka. Malah wajahnya juga pernah dirakam oleh jurufoto terkenal antarabangsa, Steve McCurry untuk majalah Marie Claire.

Untuk sesi penggambaran kali ini, memang terasa lain auranya. Mana tidaknya, kali ini kami bekerja bersama dengan orang-orang kuat industri fesyen Malaysia termasuklah jurusolek terkemuka, Khir Khalid dan jurugambar disegani Bustamam Mokhtar. Penata gaya terkenal, Min Luna diberi mandat untuk menata gaya penampilan Azura untuk edisi kali ini. Manakala penata gaya hijab popular Didiyana Ehsan diberi tanggungjawab untuk mencipta gaya hijab.

Bilang Khir pada saya, dia mahukan solekan berbeza buat Azura. Makeup biasa dah boring. Let’s do something different with her eyes!”, pintanya. Hubungan persahabatan di antara Khir dan Azura sudah lama terjalin. Malah mereka berdua berkawan baik. Apabila diberitahu yang bakal menyoleknya adalah Khir, gembiranya bukan kepalang.

 

 

Benarlah bagai kata pepatah, Once a model, forever a model. Bidikan pertama lensa kamera sahaja, Azura telah memberikan hasil yang sungguh mengagumkan! Terleka sebentar melihat aksi beliau ‘bermain’ di hadapan kamera memberikan pose yang diingankan.

“I think I’m not so relevant in this industry anymore! My time is over! Kata Azura kepada kami saat diajukan soalan tentang permintaan untuk mendapatkan khidmatnya sebagai peragawati. Mungkin kerana usia saya yang sudah lanjut. I’m 44 this year.  I feel a bit awkward apabila saya lakukan pertunjukan fesyen yang turut disertai oleh model-model yang berusia belasan tahun. Sebelum ini saya fikir saya mahu bersara terus dari bidang modeling but I don’t think I can because this is my passion. My life started with this. Once in a while kalau ada permintaan yang saya rasa sesuai saya akan lakukan pertunjukan fesyen dan sesi penggambaran. But I think it’s time to give a chance for new models to shine and grow.”

Mengimbau kembali detik permulaan Azura bergelar seorang peragawati, semuanya bermula pada tahun 1993 ketika usianya baru menjangkau 18 tahun. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bergelar seorang model.

“Saya sedang berjalan-jalan bersama rakan di Lot 10 apabila disapa oleh Cilla Fong yang menyangka saya seorang model pada ketika itu. Dia memberikan kad bisnesnya kepada saya dan berminat untuk mengambil saya menjadi model. And the rest is history. Semuanya berlaku secara kebetulan.

Saya masih ingat pertunjukan fesyen pertama yang saya lakukan. Bayaran yang diterima pun RM60 pada ketika itu. Saya diminta untuk bawa kasut tumit tinggi berwarna hitam. Pada ketika itu susah untuk mencari kasut saiz kaki saya. Apa yang saya lakukan adalah saya pinjam kasut mak cik saya yang merupakan seorang jururawat dan saya spray kasutnya dengan warna hitam. Selepas habis pertunjukan, habis kaki saya melekat warna hitam. Mana mungkin saya lupakan pengalaman itu.”

Tahun pertama beliau bergelar model, Azura sudah diterbangkan ke Rom, Itali untuk melakukan pertunjukan fesyen. Katanya itulah pertama kali beliau memiliki pasport dan menaiki kapal terbang.

 

Wajah Asia Pertama Untuk Dior

Pencapaian tertinggi dalam kerjaya Azura tentunya apabila beliau terpilih untuk menjadi wajah Asia pertama yang menghiasi kempen jenama mewah antarabangsa Dior.

Sehingga kini belum ada peragawati tempatan yang mampu mencapai rekod yang pernah dikecapi anak jati Kuala Lumpur ini. Azura membawa ‘DNA’ Melayu yang begitu kuat pada wajahnya. Melihat wajah eksotiknya menghiasi kempen fesyen Dior bagi rantau Asia, satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi anak Malaysia.

“Itu pun berlaku secara kebetulan! Saya terlibat dengan sebuah pertunjukan fesyen di Star Hill ketika itu. Pada waktu itu, acara berkenaan turut dihadiri oleh pengurus jenama Dior bagi rantau Asia. Mereka melihat saya dari situ dan mahukan saya untuk menjadi wajah Dior. Selepas tamat pertunjukan, Cilla datang kepada saya dan beritahu tentang keinginan pihak Dior untuk mengambil saya sebagai wajah Dior. Saya tanya kepadanya are you sure? Kerana pada ketika itu saya punya reputasi tidak berapa baik. Saya tidak malu untuk mengaku hal ini kerana ia boleh jadi pengajaran kepada model-model baru di luar sana. I had my ups and downs. Selalu lewat ke pertunjukan fesyen. I was like a black sheep in the whole agency! Tetapi apabila kita buat salah, pengajarannya adalah jangan ulangi kesilapan yang sama.

Dan apabila menerima tawaran untuk menjadi wajah Dior saya rasa bagaikan mimpi. Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama Dior dan mengembara ke seluruh Asia melakukan pertunjukan fesyen untuk mereka. Saya turut diterbangkan ke Paris dan sepatutnya melakukan pertunjukan fesyen di sana, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana sesi casting sudah habis. Tetapi saya diberi kesempatan untuk menonton pertunjukkan fesyen itu sambil duduk di bangku hadapan bersama-sama dengan Naomi Campbell. Saya turut diberi kesempatan untuk ke belakang pentas dan bertemu pengarah kreatif Dior pada ketika itu iaitu John Galliano.”

Tolak Tawaran Agensi Antarabangsa

Mungkin ramai yang tidak tahu, Azura pernah beberapa kali menerima tawaran daripada agensi model terkenal antarabangsa dan salah satu daripadanya adalah IMG London. Namun kesemua tawaran itu ditolaknya kerana sudah berjanji dengan keluarganya untuk tidak berjauhan.

I never regret that because for me, family first! Saya cuma ada dua beradik dan saya anak sulung. Saya menyara keluarga saya. Saya ada dapat tawaran di Paris dan London. I’m supposed to sign up with IMG London. That time the booker was Jonathan Phang. Saya pergi ke IMG London dan bawa portfolio saya. Apabila mereka lihat mereka tanya what is this? Kerana pada ketika itu saya banyak buat penggambaran untuk majalah-majalah Melayu dan memakai baju kurung. Mereka kata we can’t use it here. It’s not relevant. Dan mereka meminta untuk saya datang kembali untuk lakukan sesi test shoot. Tetapi saya tidak kembali kerana saya perlu pulang ke Malaysia. Ibu bapa saya tidak benarkan saya bekerja di sana.

Saya juga pernah menemani kawan yang juga seorang model di Paris untuk satu sesi casting di salah sebuah agensi di sana. Banyak model di situ pada ketika itu. Tetapi individu yang bekerja disitu datang kepada saya dan tanya di mana portfolio saya. Saya kata saya cuma datang untuk menemani kawan. Dia cakap no I want you! Tetapi saya tetap dengan pendirian saya kerana saya pernah berjanji dengan ibu saya, jika saya teruskan kerjaya sebagai seorang model, saya akan tetap menjaga nama baik keluarga dan meletakkan keluarga sebagai keutamaan. Itu adalah antara pengorbanan saya dalam dunia modeling. Tetapi saya percaya rezeki Allah itu berada di mana-mana cuma kita kena yakin. Dan Alhamdulillah selepas itulah saya dapat tawaran dari Dior.”

 

 

Jati Diri Yang Kuat

 Apa yang lebih membanggakan tentang Azura adalah jati diri Melayu masih kuat menebal di dalam dirinya. Jangan sesekali memintanya untuk beraksi dalam pakaian dalam atau pakaian renang.

Kadang-kadang saya terpaksa menolak untuk memperagakan sesuatu rekaan kerana terlalu seksi. Tetapi bila saya lakukan itu mereka beranggapan saya cuba menjadi Diva. Saya lebih rela mereka tidak mengambil saya daripada saya terpaksa melanggar prinsip. Mereka boleh menawarkan kepada model lain yang boleh menggayakan rekaan itu.

Punya kulit berona sawo matang adalah antara aset terbaik yang dimiliki Azura. Namun Azura pernah diminta untuk memutihkan kulitnya andai mahu diterima sebagai model untuk sebuah jenama terkenal Hong Kong.

“Pada mulanya saya sangat teruja apabila diberitahu akan menjadi model untuk sebuah jenama terkenal di Hong kong dan tawarannya sangat lumayan. Tetapi mereka kata saya perlu putihkan kulit saya dahulu baru saya akan dapat tawaran berkenaan. I was like hello, I’m not going to do that! Dan saya tolak tawaran itu.”

 

 

Bangga Dengan Industri Fesyen Malaysia

Jika ditanya kepada peragawati muda siapakah idola mereka di dalam dunia modeling, nama Tengku Azura pasti tidak pernah tercicir dari senarai mereka. Beliau disanjung tinggi malah dipuja oleh bakat-bakat baru. Mereka turut menjadikan Azura sebagai penanda aras untuk berjaya sebagai seorang supermodel.

Alhamdulillah syukur apabila kerja kita dihargai selepas bertahun-tahun saya menjadi seorang model. Saya rasa ia adalah satu pencapaian buat saya. Tetapi mereka tidak tahu yang Tengku Azura sebenarnya adalah seorang yang ‘ting-tong’,” katanya bergurau.

Kami turut meminta pandangan Azura sebagai seorang legenda dalam industri fesyen Malaysia tentang perkembangan dunia fesyen tempatan yang dilihat dari perspektifnya sebagai seorang model.

Saya sangat bangga melihat our modelling industry is so much better now. Kita dapat lihat banyak model-model baru sekarang yang sangat berpotensi seperti Natalie, Nia, Tuti, Rita. Saya sangat respect dengan Atikah. Atikah adalah model yang perlu diberi perhatian. She made Malaysia proud! Dia sangat merendah diri biarpun sudah bekerja di peringkat antarabangsa. Untuk berjaya dalam hidup you have to be grounded all the time. Itu yang saya belajar.

Ditanya siapakah pereka fesyen baru yang dirasakan punya potensi besar untuk berjaya, kata Azura beliau melihat Afiq M, Seth & Luna serta Redzuan Alias punya masa depan yang cerah kerana koleksi mereka berbeza dengan yang lain.

Azura turut berharap nasib serta kebajikan model-model di Malaysia terbela dan tidak dilayan dengan sewenang-wenangnya. Situasi ini agak menyedihkan kerana masih ada model yang tidak dibayar dengan setimpal dengan hasil kerja mereka.

“Fashion industry must think about the welfare of the models especially at the backstage because without the model the show cannot go on. Jangan fikir hal di hadapan pentas sahaja, di belakang pentas pun perlu jaga. Jangan fikir tentang fesyen sahaja, kesian dengan orang-orang yang bekerja untuk mereka. Satu perkara yang membuatkan saya sedih, kadang-kadang saya terfikir kenapa model-model tidak dapat layanan yang sepatutnya dan dihargai walhal tanpa mereka , the show cannot go on. Saya percaya jika kebajikan para model dijaga seperti bayaran yang setimpal serta layanan yang bagus, pasti mereka juga lebih senang hati dan bersemangat untuk melakukan kerja mereka dengan baik. Kadang-kadang saya lihat backstage tak kelihatan seperti a proper backstage. They need to treat models properly in terms of everything. Teamwork is very important in order to achieve a good result.”

.

 

Selesa Berpakaian Sopan

Selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bergiat aktif dalam dunia modeling dan mengambil keputusan untuk berkahwin, Azura telah mengambil keputusan untuk tampil dengan gaya yang lebih sederhana dan lain dari sebelumnya selepas bernikah. Katanya it’s about time!

I think I need to settle down and to find myself. Saya sudah lakukan banyak perkara dam inilah masanya untuk saya chill.  It is still a learning process to me, and I don’t want to do things drastically. Banyak lagi perkara yang saya perlu belajar tentang diri saya. I’d like to be called as a modest person.

Alhamdullilah sudah lima tahun saya berpenampilan seperti ini. Seperti yang saya katakan sehingga sekarang saya masih belajar. Jika ada perkara yang saya tidak tahu saya akan tanya kepada orang yang lebih arif bab agama. Bila saya berpenampilan seperti ini, I feel more confident about myself now.

Penampilan terbaru Azura juga tidak menghalang dirinya daripada terus menerima tawaran modeling. Malah permintaan untuknya masih tinggi.

“Pereka fesyen pertama yang saya bekerjasama selepas berpenampilan baru adalah Zang Toi. Beliau menghubungi saya daripada New York dan beritahu akan pulang ke Malaysia untuk melakukan pertunjukan fesyen dan mahu saya memperaga untuknya. Saya beritahu beliau tentang penampilan terbaru saya dan saya tidak lagi boleh memakai pakaian yang seperti dahulu. Alhamdulliah dia okay dan katanya itu bukan masalah untuk beliau. Beliau malah mereka pakaian khas buat saya untuk pertunjukan itu. Biarpun beliau bukan seorang Muslim tetapi beliau menghormati agama saya itu yang membuatkan saya hormat padanya”.

Azura kini mahu meluangkan lebih masa bersama dua anak lelakinya dan akan sibuk dalam persiapan untuk ke London kerana anak keduanya akan melanjutkan pelajaran di sana.

Dulu sewaktu saya masih aktif menjadi model, saya kurang masa bersama mereka kerana terlalu sibuk mencari rezeki. Kini saya mahu luangkan lebih banyak masa bersama.” 

 

 

Di Sebalik Wajah Salam

  • Wajah Salam : Tengku Azura Tengku Awang
  • Gambar : Bustamam Mokhtar, White Studio
    Penyelaras dan Pengurus Projek : Shah Shamshiri
    Teks (Bahasa Melayu) : Helmi Anuar
    Suntingan : Ili Farhana
    Pereka grafik: Asyraf Tamam
    Penata gaya : Min Luna
    Penata gaya hijab : Didiyana Ehsan
    Jurusolek : Khir Khalid
  • Busana:

Gaya Pertama:

  • Barang kemas: Osare Design
  • Atasan: Pu3
  • Dress: Maarimaia

Gaya Kedua:

  • Barang kemas: Osare Design
  • Cape: Behati