Tentang Kami

SalamWebToday adalah sebahagian daripada SalamWeb, ekosistem digital untuk Muslim. Kami melaporkan berita dari seluruh dunia tetapi tujuan utama kami adalah untuk melibatkan umat Muslim dalam perbincangan yang bermakna tentang erti menjadi seorang Muslim di dunia yang dikuasai oleh teknologi.

Kami sangat yakin bahawa teknologi moden, jika digunakan dengan betul, dapat membawa kepada Kebangkitan Muslim yang serupa dengan perkembangan sains, budaya dan kehidupan masyarakat Islam pada zaman Abbassid.