Terengganu rancang 37 projek berimpak tinggi pacu pembangunan ekonomi negeri

Uncategorized Adea Ghafar 09-Dis-2019

KUALA TERENGGANU, 9 Dis — Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti 37 projek berimpak tinggi yang akan mewujudkan kluster ekonomi baharu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap hasil royalti minyak.

Dr. Ahmad Samsuri menekankan, keutamaan pelaksanaan 31 projek peringkat negeri dan enam daerah itu adalah melalui insiatif pelaburan swasta atau ‘Smart Partnership,’ dan syarikat luar juga diberi ruang memajukan Skim Perumahan Mampu Milik dan Bandar Baharu Lestari, serta sektor perindustrian dan perhotelan.

Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk pembangunan Pusat Akuakultur dan Fidlot di Hulu Terengganu serta Dungun.