Terokai Lebih Banyak Destinasi dengan Ciri Traveloka Terbaharu

Traveloka, sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan pelbagai keperluan produk perjalanan dan gaya hidup untuk destinasi domestik dan antarabangsa, secara rasmi telah mengumumkan inovasi ciri penerbangan terbaru, Multi-city, ciri yang membolehkan pengguna menempah tiket penerbangan ke beberapa destinasi dalam satu transaksi.

Sebagai syarikat teknologi pertama dari Indonesia yang memperkenalkan ciri penerbangan Multi-city, pengguna dapat menambah dua destinasi tambahan dari dan ke beberapa destinasi antarabangsa dengan mudah, seperti Jepun, Korea Selatan, Australia, Cina, Eropah, dan United Kingdom.

Untuk melayari ciri penerbangan Multi-city, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Buka aplikasi Traveloka versi 3.9 dan ke atas.
  2. Pada halaman utama, pilih produk ikon Penerbangan.
  3. Pada halaman Penerbangan, pilih Multi-city .
  4. Pilih destinasi penerbangan pertama dan kedua dan kemudian isi data penumpang dan tempah tempat kerusi pilihan anda.
  5. Klik ‘Carian’ dan halaman akan menunjukkan hasil carian penerbangan yang sepadan dengan destinasi penerbangan anda.

 

Ciri penerbangan Multi-city tersedia dalam aplikasi Traveloka versi 3.9 dan ke atas (Android & iOS), dan juga boleh diakses menerusi desktop. Ciri ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan Smart Combo, di mana perkhidmatan ini akan menunjukkan harga tiket penerbangan yang berpatutan untuk penerbangan berlepas dan pulang.

“Dengan ciri penerbangan baru ini, kami berharap dapat mempertingkatkan lagi pengalaman pengguna kami sambil memperkukuhkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian bersepadu untuk pelancongan & gaya hidup,” ulas Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan Traveloka Caesar Indra.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.traveloka.com/flight/multi-city

Kredit foto : Traveloka & Anete Lūsiņa, Unsplash

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!