Terokai Perspektif Baharu Di Sebalik Lensa

Jenama telefon pintar terkemuka di dunia, OPPO, melancarkan siri Reno2 baharu di Malaysia yang terdiri daripada Reno2 dan Reno2 F.

Merupakan inovasi terkini siri popular OPPO Reno, model terbaharu itu menyasarkan untuk menyusun semula sempadan kreativiti pengguna Malaysia dengan ciri-ciri peningkatan fotografi dan videografi.

Ia dicipta untuk memenuhi jangkaan para pengguna dari segi reka bentuk, kamera dan prestasi melalui inovasi kreatif.

 

Dengan tetapan kuad-kameranya termasuk 5x Zum Hibrid, ia membolehkan pengguna membawa subjek atau objek yang jauh untuk lebih dekat kepada mereka, tangkapan gambar malam ultra jelas walaupun di bawah keadaan hampir tidak bercahaya dengan Mod Gelap Ultra serta rakaman video super stabil walau di mana sahaja.

Keupayaan pelbagai perspektif unik siri Reno2 ini membolehkan pengguna melihat sesuatu dari sudut yang berbeza serta mengabadikan perspektif baharu dan segar dari sebalik lensa.

“Mewarisi semangat kreativiti yang tinggi siri Reno sedia ada, inovasi terbaharu ini memberi peluang kepada pengguna untuk menjadi lebih kreatif serta memperkasakan mereka untuk mencari dan menerokai perspektif baharu.

“Teknologi kameranya yang canggih berfungsi dengan hebat dalam pelbagai persekitaran dan senario, dari landskap yang luas sehingga ke lorong-lorong sempit atau pantai keemasan yang cerah sehingga suasana malam yang malap tanpa sinaran bulan,” kata Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Nikki Chen.

 

Neelofa & Jam Hsiao Sebagai Duta Oppo Malaysia

Pada majlis pelancaran siri Reno2 baru-baru ini, OPPO turut mengumumkan perlantikan bintang terkemuka yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon, Jam Hsiao serta selebriti popular,  Neelofa sebagai duta rasmi Reno2.

Menurut Jam Hsiao, dengan menggunakan Reno2, ia memberikannya saluran untuk meneroka kreativiti, tidak kira walau di mana dia berada.

Reno2 amat sesuai dengan gaya hidup pantas saya yang membolehkan saya mengambil gambar dan merekod video dalam masa nyata dengan kejelasan dan definisi yang tinggi.

“Ia membolehkan saya untuk merasai perspektif baharu yang lebih segar dengan menawarkan satu dunia baharu dalam fotografi dan videografi,” ujar Jam Hsiao.

 

Manakala bagi Neelofa yang sentiasa menjadi peminat siri Reno, Reno2 telah menjangkaui ke peringkat seterusnya yang lebih tinggi.

“Dari rupa dan reka bentuk telefon kepada ciri-cirinya, Reno2 telah membuka banyak kemungkinan baharu untuk saya.

 

“Setiap kali saya dalam perjalanan dan terlihat imej atau pemandangan yang menarik perhatian, apa yang hanya perlu saya lakukan adalah mengeluarkan Reno2 – sama ada untuk menangkap gambar atau video sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di jalanan, air terjun yang mengalir perlahan atau bunga yang beralun ketika tiupan angin lembut,” kongsi Neelofa.

Harga jualan bagi OPPO Reno2 adalah RM2,299, manakala Reno2 F pula berharga RM1,599.

Pengguna boleh membuat tempahan awal sehingga 25 Oktober, dan ia akan mula dijual di pasaran bermula 26 Oktober 2019.

Foto: Lewis Kuala Lumpur