Texas Chicken Buka Cawangan Pandu Lalu di Sunway Mentari

Kesibukan bekerja dan menguruskan pelbagai hal penting dalam kehidupan seharian telah menyebabkan ramai daripada kita yang memilih untuk membeli makanan daripada restoran pandu lalu.

Selain memudahkan urusan pembelian, ia juga dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu mencari parkir atau mengambil masa yang lama untuk menanti makanan disiapkan.

Disebabkan itu, banyak rangkaian restoran makanan segera terutamanya, telah dibuka di serata lokasi bagi memudahkan orang ramai membeli makanan kegemaran mereka.

Tidak terkecuali adalah rangkaian restoran khidmat segera berasaskan ayam, Texas Chicken yang membuka cawangan pandu lalu pertama di Lembah Klang, iaitu di Shell Sunway Mentari, Bandar Sunway.

Berkongsi lokasi strategik iaitu bersebelahan dengan stesen petrol Shell, cawangan itu bersedia memenuhi kehendak dan keperluan gaya hidup pengguna hari ini dengan menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat dan berkualiti serta disahkan halal oleh JAKIM.

Di samping itu, para pelanggan juga dapat menikmati makanan kegemaran mereka, sama ada makan di restoran, bawa pulang atau pandu lalu, 24 jam, 7 hari seminggu.

“Selepas enam tahun sejak pembukaan restoran pertama kami di Malaysia, kami berharap untuk meningkatkan pengalaman para pelanggan dengan menawarkan lebih banyak cawangan pandu lalu untuk kemudahan mereka.

“Ini membuktikan komitmen syarikat dalam mengembangkan perniagaan kami di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan,” ujar Pengerusi Envictus International Holdings, Datuk Jaya Tan.

Envictus International Holdings kini mengendalikan lebih 50 restoran Texas Chicken di Malaysia dan telah membuka 5 restoran baharu tahun ini, termasuk cawangan pandu lalu di Sunway Mentari.

Cawangan pandu lalu pertamanya telah dibuka di Sungai Petani, Kedah pada tahun lepas.

Menurut Tan, dengan gaya hidup rakyat yang kian sibuk, pihaknya memahami keperluan pengguna yang sentiasa kesuntukan masa dan mencari kemudahan yang dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

“Oleh itu, kami yakin bahawa cawangan baharu ini akan mendapat sambutan yang baik daripada para pelanggan, terutamanya mereka yang menginginkan kelazatan ayam dan biskut Texas Chicken yang enak,” tambahnya.

Texas Chicken Sunway Mentari berkeluasan 3,500 kaki persegi dan dilengkapi dengan 146 tempat duduk.

Hiasan dalamannya yang ceria dan selesa direka khas untuk menambat hati komuniti pelajar, golongan dewasa dan keluarga.

Foto: Texas Chicken

 

 

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Berkongsi lokasi strategik iaitu bersebelahan dengan stesen petrol Shell, cawangan itu bersedia memenuhi kehendak dan keperluan gaya hidup pengguna hari ini dengan menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat dan berkualiti serta disahkan halal oleh JAKIM.