‘The Hidden Hantaran’ Cara Unik Dekorasi Hantaran

Bagi pasangan setiap bakal pengantin, kadang-kadang hiasan dulang hantaran juga boleh memeningkan kepala selain dari memikirkan busana di hari bahagia.

Mana tidaknya, apa yang bakal dipersembahkan di atas dulang hantaran pasti menjadi tatapan mata tetamu kadang kala turut menjadi bualan.

Namun kini terdapat ‘trend’ terbaru dimana barang hantaran dibungkus di dalam kotak dan hanya dapat lihat luarannya sahaja. ‘Trend’ ini semakin menjadi pilihan ramai, kerana selain rupanya yang cantik dan kemas, ia juga selamat. Sebenarnya ‘trend’ ini pernah diguna pakai oleh masyarakat Melayu zaman dahulu. Cuma baru sekarang ia kembali menular.

‘The Hantaran by NJ’ ada menawarkan khidmat membuat hantaran yang diberi nama ‘The Hidden Hantaran’ ini. Kotak hantaran dibungkus cantik dengan kain berwarna dan dihias dengan bunga indah. Sungguh indah mata memandang.

Lagi pula ‘The Hidden Hantaran’ ini lebih mudah dibawa tanpa perlu risau ada barang yang terjatuh atau terkena kotoran.

Kepada pasangan bakal pengantin yang masih tercari-cari idea untuk dekorasi hantaran, apa kata anda pilih tema ‘The Hidden Hantaran’ ini. Lain dari yang lain!

 

Sumber : Instagram Rasmi thehantaran.nj