The Tide: Tarikan Tepian Sungai Terbaharu Di London

The Tide, Greenwich Peninsula 7 @Jeff Moore

Destinasi tepian sungai terbaharu di London, yang dinamakan The Tide di Greenwich Peninsula, dibuka secara rasmi kepada umum dengan pemasangan berskala besar 25 titisan air yang bertenaga dan kembung secara artistik.

Dibuka oleh artis konseptual yang berpangkalan di Los Angeles, Geromino, tarikan terbaharu itu percuma untuk tatapan awam bermula 5 hingga 14 Julai.

Berukuran antara 1 hingga 7 meter tinggi, titisan air kembung berwarna terang yang diinspirasikan oleh air berhampiran itu mencakupi panjang fasa pertama bagi taman linear kebudayaan sepanjang 5 kilometer yang direka oleh Diller Scofido dan Renfro, pereka bersama New York High Line.

Terbuka dan boleh diakses oleh semua, The Tide turut menampilkan karya seni hebat dan pelbagai reka bentuk untuk diterokai.

Karya pertama yang dibawakan pada musim panas kali ini adalah arca daripada artis British ikonik, Damien Hirst, iaitu Treasures Wreck of the Unbelievable; karya seni 8 meter Head In The Wind oleh artis pop British, Allen Jones; dan Sibling, karya bercorak ilusi berskala besar oleh Morag Myerscough.

“The Tide adalah untuk semua orang dan dibawakan ke London dengan landskap 3D terang yang unik sepenuhnya.

“Terletak di antara pokok-pokok pain dan rumput liar yang melapisi Sungai Thames, titisan air Geromino mewujudkan persekitaran futuristik yang ajaib.

“Gabungan antara seni, alam semula jadi dan reka bentuk serta kejuruteraan bertaraf dunia,The Tide merangkumkan kesemua yang ada dan bakal terjadi di Greenwich Peninsula,” ulas Pengarah Greenwich Peninsula, Kerri Sibson.

Bagi meraikan pembukaan The Tide, sebuah festival kebudayaan percuma, Turning Tides Festival turut diadakan yang menyediakan persembahan muzik langsung, seni, filem, aktiviti kesihatan holistik dan jamuan, yang berlangsung sepanjang hujung minggu pada 5 hingga 7 Julai dan 12 hingga 14 Julai.

Dengan pemasangan yang mewujudkan latar belakang yang berwarna warni, barisan artis dari United Kingdom dan antarabangsa yang terkenal turut menyertai festival tersebut.

Mengetuai barisan artis ialah bekas penyanyi Supergrass, Gaz Coombes, penyanyi British, Laura Mvula, pemenang anugerah Grammy, Oumou Sangaré, kurator pengaturcaraan muzik, Village Underground, artis berpakaian perempuan yang ikonik, Sink the Pink, kumpulan dari London, Yourself Down dan pemasangan seni Wish Trees yang mengambil bahagian daripada Yoko Ono.

Terdapat juga pawagam sementara dengan makanan dan minuman dihidangkan oleh Stevie Parle’s CRAFT London.

Turut disediakan adalah jamuan-jamuan di tepi sungai, seperti piknik, barbeku besar-besaran dan makanan laut bagi memastikan pengunjung mendapat makanan yang secukupnya.

Foto: PR Newswire