Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

The Weight of Our Sky: Novel Hanna Alkaf dari Malaysia, pemenang anugerah dari Amerika

Dunia Adea Ghafar 24-Jan-2020
The Weight of Our Sky
The Weight of Our Sky - Cover illustration: Guy Shield | Art direction: Krista Vossen

Dunia penulisan Malaysia menyambut bangga berita kemenangan novelis tempatan, Hanna Alkaf yang menerima anugerah Freeman Book Awards, sebuah anugerah tahunan anjuran Columbia University dari New York, Amerika Syarikat (AS). Novel sulung antarabangsanya yang bertajuk The Weight of Our Sky adalah antara pemenang kategori Sastera Remaja/Sekolah Menengah.

Penghargaan khusus ini adalah bagi penulisan yang meningkatkan pemahaman tentang Asia Timur dan Asia Tenggara melalui tulisan dan bacaan. Anugerah tahunan ini juga menyokong usaha The National Consortium for Teaching about Asia (NCTA),  Association for Asia Studies (AAS) dan Asia for Eduction (AFE) yang juga sebahagian daripada Columbia University.

Dalam arena penulisan buku berbahasa Inggeris tempatan, sudah ramai peminat buku dan penulisan yang mengenali nama Hanna Alkaf. Ibu beranak dua yang berusia 34 tahun dan berasal dari Sungai buluh, Selangor ini banyak terlibat dalam pelbagai acara berkaitan seni dan sastera. Menariknya, novel The Weight of Our Sky juga telah menerima pengiktirafan berlainan tahun lepas, apabila ia diterjemahkan ke dalam bentuk komik kartun bersiri dalam medium atas talian.

The Weight of Our Sky mengisahkan tentang Melati Ahmad, remaja 16 tahun yang menghadapi masalah gangguan obsesif kompulsif (obsessive compulsive disorder) dan hidup pada tahun 1969 dengan berlatar belakangkan keadaan rusuhan kaum dalam negara. Ia menyorot pengalaman Melati yang berkeadaan mental sebegitu dalam menghadapi isu semasa, di samping turut melibatkan hal gangguan jin. Dalam memperluaskan konflik watak Melati, antara persoalan yang dibangkitkan adalah isu pemisahan antara ibu dan anak yang diakibatkan oleh pelbagai masalah.

Hanna kini sedang sibuk menyiapkan novel-novel seterusnya, Once Upon an Eid dan The Girl and The Ghost yang masing-masing bakal diterbitkan pada bulan Mei dan Ogos oleh penerbit terkenal, HarperCollins. Berkenaan dengan anugerah berprestij Freeman Book Award, ini adalah kali kedua seorang novelis Malaysia telah menerimanya. Shamini Flint, novelis kelahiran Malaysia yang menetap di Singapura adalah penulis pertama dari Malaysia yang telah menerima anugerah tersebut.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Related articles
arabian astronomy book Dunia Muhammad Nassar 17-Mac-2020 Sejarah Politik Islam Agama Taufiq Sugeng 16-Mac-2020 Feminisme Barat dan “masalah” Hijab
Pendapat
Pendapat 14-Mac-2020
Nor Fadhil
Kolumnis

Islamophobia merupakan salah satu bentuk perkauman dan orang Islam adalah kumpulan sebuah kaum sama seperti kumpulan keugamaan dan kumpulan politik. Umat Islam sering dianggap kelompok monolitik. Mereka dianggap tidak peka pada pertimbangan yang rasional dan logik, dan bersifat ganas. Kehidupan mereka dikatakan tidak sesuai dengan cara kehidupan Barat. Atas sebab inilah orang kulit putih yang memeluk Islam dan dibesarkan di Britain disuruh pulang ke negara asal mereka, kerana menurut pandangan orang luar, Islam dan berkulit putih adalah konsep yang bercanggah.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Mac-2020
Grigory-Matyunin
Grigory Matyunin
Kolumnis

Tidak seperti pemerintah kuku besi dan parti politik pinggiran, buku-buku ini jarang membuat cerita dongeng, walaupun ini pernah terjadi. Namum, kesannya tetap menimbulkan bahaya. Mereka menggunakan kepalsuan dan taktik menidakkan apa yang berlaku dalam sejarah dengan memilih dan membesarkan fakta yang palsu, tanpa mempedulikan  pandangan yang bertentangan. Mereka langsung tidak memeriksa fakta.

Teruskan Teruskan