Tiga anggota polis dakwa cedera dipukul pegawai SPRM

Uncategorized Adea Ghafar 30-Dis-2019
Polis Malaysia
© Jasniulak | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan menerima laporan daripada tiga anggota polis yang mendakwa telah dipukul pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor baru-baru ini.

Anggota polis berumur 24, 25 dan 26 tahun daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh hadir ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes. Mereka mendakwa telah dicederakan ketika proses merakam percakapan dalam sebuah bilik pada 24 dan 26 Disember.

Laporan polis dibuat oleh mereka pada 27 Disember, namun sebarang maklum balas masih belum diberikan oleh pihak SPRM Selangor.