Tiga lokasi cuti tempatan yang tersendiri

Singgah Chan Abdullah 20-Jun-2020
Rumah Kebun Semungkis © facebook.com/rumahkebunresidence

Negara Malaysia yang tercinta ini memang bertuah kerana mempunyai keindahan flora dan fauna yang menakjubkan. Jika tidak, tidaklah pelancong asing membanjiri negara kita bagi melighat sendiri keindahan lokasi-lokasi percutian menarik di Malaysia.

Jika berkesempatan nanti, luangkanlah masa untuk bercuti ke lokasi-lokasi menarik di dalam negara. Sambil bercuti anda juga turut membantu menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan negara. Berikut adalah beberapa tempat menarik untuk bercuti di dalam negara yang boleh anda kunjungi:

Rumah Kebun Semungkis

Terletak di Kampung Semungkis, Hulu langat, Selangor. Bercuti di sini pastinya dapat memberikan ketenangan jiwa. Setelah berbulan lamanya melalui kesibukan di kota besar, sekali sekala dapat merehatkan diri di sini pastinya menenangkan.

Pihak Rumah Kebun Semungkis menyediakan dapur yang berkonsep terbuka. Dapurnya juga serba lengkap dengan pelbagai kemudahan memasak. Rumah Kebun Semungkis ini turut dilengkapi dengan kolam renang yang diairi oleh air  Sungai Semungkis.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak Rumah Kebun Semungkis di: https://www.facebook.com/rumahkebunresidence/

Chalet Su

Chalet Su terletak hanya beberapa minit dari  bandar raya Kuala Terengganu. Chalet Su dilengkapi dengan 12 buah bilik penginapan yang menyajikan pemandangan laut yang indah. Sekiranya punya masa yang lebih, anda boleh juga merancang untuk ke Pulau Kapas.

Pulau Kapas berada hanya 10 minit dari chalet ini. Segala urusan untuk ke Pulau Kapas seperti perkhidmatan bot, penginapan di kawasan pulau dan sebagainya boleh diuruskan oleh pihak Chalet Su.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak Chalet Su di: https://www.instagram.com/chaletsuterengganu/

Zamani’s Place

Nak  bangun tidur dan terus terjun ke kolam mandi? Anda boleh lakukan perkara tersebut di Zamani’s Place. Zamani’s Place terletak di Yan, Kedah. Tempat percutian peribadi ini dilengkapi dengan lapan buah bilik, kolam renang, taman yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau serta kolam ikan.

Zamani’s Place turut dikelilingi oleh sawah padi. Jauh pandangan permai, anda boleh melihat kelibat Gunung Jerai dari persekitarannya.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak Zamani’s Place di: https://zamani-s-place-hotel-yan.booked.net/

Jika anda diberi satu pilihan, tempat mana anda akan pilih?