Tindakan diambil oleh SPAN atasi isu bekalan air tercemar

Uncategorized Yen Doran 23-Dis-2019

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, tindakan-tindakan terlah diambil untuk menangani isu gangguan bekalan air akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Laporan polis telah dibuat pada 21 Disember bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

SPAN telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukan rondaan 24 jam di kawasan berkaitan.

PBT akan memantau restoran-restoran, semua tempat makan juga industri haram khususnya di kawasan ini bagi mengenalpasti mereka yang menggunakan grease (perangkap minyak).